networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, May 12, 2015

Pengusaha Bas Ekspress Hantar Memorandum Kepada SPAD Minta Kenaikan Harga Tambang.. @SPADChannel


Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) pada bulan lalu telah menghantar memorandum dengan tujuan mahu SPAD mengkaji tambang bas untuk dinaikkan..

PEMBAWA meminta kerajaan memuktamadkan pelaksanaan kenaikan tambang bas sebelum Ramadan. Yang Dipertua PEMBAWA, Tajudin Mohd Yunus telah menghantar memorandum berkaitan hal berkenaan kepada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk diperhalusi kerana bimbang ada syarikat bas yang terpaksa gulung tikar jika keadaan itu berlanjutan.

SPAD pada Mac melalui Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengumumkan kenaikan tambang bas ekspress untuk perjalanan seluruh negara sekitar RM 4.60 hinggan RM 11 namun ianya ditangguhkan...

Selaku sebuah Suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam perihal pengangkutan awam, SPAD perlu meneliti dan mengkaji kandungan memorandum yang dikemukan PEMBAWA untuk mencari penyelesaian terbaik bagi pengguna dan pengendali...

Menteri di Jabaran Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pihaknya akan memberikan pandangan terhadap isu dibangkitkan persatuan ini..

Nancy dalam satu kenyataan berkata "Segala isu akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya beserta dengan cadangan bagi jalan penyelesaian terbaik kepada pengguna dan pengendali. Kami ingin menyatakan SPAD sentiasa peka terhadap segala permasalahan yang dibangkitkan oleh pengendali bas ekspres,"

Keputusan yang bakal dibuat SPAD ini ibarat "Ditelan Mati Mak, Diludah Mati Bapak"..setiap keputusan yang dibuat pasti akan memberi kesan kepada sesuatu pihak..jika tidak dinaikkan, pengendali BAS menghadapi cabaran terpaksa berhadapan dengan kos operasi yang kian meningkat..bila dinaikkan tambang, pengguna pula merungut...

SPAD perlu meneliti setiap keputusan yang bakal dibuat ibarat "menghela rambut dalam tepung-rambut jangan putus, tepung jangan terserak"...Isu ini perlu dilihat dari dua pihak..nanti bila penetapan harga tambang sudah dibuat, jangan terburu-buru menyalahkan kerajaan kerana menaikkan tambang sedangkan ianya permintaan daripada Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA)...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA