networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, May 4, 2015

#PRKPermatangPauh - Dr Wee Dedah Faktor Boleh Menang Calon BN!


Memang sukar untuk menumbangkan sebuah empire jikalau rakyat yang mengundi masih lagi merelakan dirinya diperbodohkan dengan omong-omong kosong...

Letaklah calon hebat mana sekalipun jika pengundi rela diperalatkan jadi boneka politik anak beranak Anwar Ibrahim pun tak membuahkan hasil juga...Anwar yang acap kali menghentam BN dengan alasan BN amal politik anak beranak nepotisme kini menerkam diri semula...

Bab bercakap senang sahaja nak janji..bila nak tunaikan hampeh...satu benda pun tak boleh pakai...nak diikutkan BN mempunyai peluang untuk menang..

Pada PRU 2004, Wan Azizah sinenek kipas ini hanya menang dengan majoriti tipis hanya 590 undi sahaja menumpaskan calon BN yang ketika itu diwakili Datuk Firdaus Ismail...PRU 13 pula BN mencatatkan peningkatan Undi sebanyak hampir 10,000 undi berbanding PRK Kecil Permatang Pauh yang ketika itu dilepaskan oleh Wan Azizah untuk memberi laluan kepada suami bertanding parlimen tersebut...

Jika tidak Anwar...Wan Azizah..itu sahajalah kitaran calon Parlimen Permatang Pauh ini sehingga kedua-keduanya meninggal..silap haribulan bila dah tiada 2 orang ini..mungkin diwarisi oleh anak-anak mereka...


Mengenai calon BN, BROTHER SUHAIMI SABUDIN ini, Timbalan Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong berpendapat Brother Suhaimi ini mempunyai peluang untuk menang. Ikuti pendapat Dr Wee yang dipetik daripada laman BNBBC di SINI :

"Calon BN kali ini lebih muda dan energetik serta mampu mengurus permasalahan rakyat tanpa ada sebarang permainan politik. Dulu punya piliha raya dengan sekarang sangat berbeza, tapi calon yang BN letakkan di kawasan Permatang Pauh ini memang muda dan energetik, kita yakin akan dapat sokongan penuh untuk calon yang tepat"

"Tambahan lagi, faktor utama pengundi PKR bakal beralih arah adalah kerana mereka kecewa dengan janji-janji parti tersebut dalam PRU yang lalu masih lagi tidak ditunaikan sehingga hari ini."

"Selepas pembangkang pegang beberapa buah negeri, banyak janji-janji mereka yang tidak ditepati, malah juga tidak ditunaikan, ini akan membuatkan rakyat kecewa dan jnginkan perubahan daripada situ"

Dr. Wee menjelaskan bahawa BN sekarang ini sedang menentang 'giant family' dan beliau yakin akan dapat merampas kerusi Permatang Pauh kali ini.

Intipati kenyataan Dr Wee ini berfokuskan kepada ciri calon yang muda bertenaga yang sanggup berpanas tanpa perlu kipas...dan kekecewaan rakyat selepas Pembangkang tidak menunaikan janji mereka sepanjang kempen PRU yang lalu...

Semua sudah tahu, Anwar amal nepotisme..masalahnya bersediakah pengundi permatang pauh untuk lari daripada terus diperalatkan oleh keluarga Anwar Ibrahim...Wan Azizah yang kini menjawat jawatan Adun Kajang bertanding PRK Permatang Pauh..nanti lagi 5 tahun Anwar keluar penjara Wan Azizah letak jawatan dan beri laluan kepada suami...itu sahaja kitaran politik Permatang Pauh...rakyat pula tukang angguk menghalalkan polemik ini...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA