networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, May 21, 2015

Projek Inovasi #FELDA! Sisa Tandan Kelapa Bakal Jadi Sumber Berharga...


Siapa sangka tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar kini menjadi sumber yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV)..

Tandan ini akan menjadi satu produk bernilai tinggi yang akan menghasilkan satu produk baru dipanggil palet bahan api yang berkualiti tinggi..

Inovasi ini telah dicetuskan oleh (FGV) menerusi Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN). Anak syarikat pengeluar minyak sawit mentah (MSM), FGV Applied Technologies (FGVAT) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan ECN dalam program penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk tempoh 18 bulan menggunakan teknologi TORWASH ECN.

Ketua R&D dan kelompok Perkhidmatan Agri FGV, S Palaniappan, teknologi tersebut mengubah tandan kosong sebagai bahan api palet. Teknologi ini juga akan digunakan bersama dalam loji tenaga arang batu.

Menurut Palaniappan lagi, semua hasil kajian dan Harta Intelek (IP) yang dihasilkan menerusi program itu akan menjadi hak milik bersama.

Menerusi teknologi ini, sebuah kilang perintis TORWASH akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) berdekatan dengan Kompleks Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang.

Kilang yang bakal dibina ini dijangka bakal menjana kira-kira RM10 juta bagi setiap kilang dalam tempoh setahun.

Rakyat Malaysia mungkin tidak pernah dengar produk bernama Palet...ianya baru bagi kita tetapi tidak di negara luar. Palet sebenarnya merupakan bahan bakar yang boleh menghasilkan letrik dan lermintaan terhadap produk ini amat tinggi. Palet ini akan dieksport ke Jepun, Korea, China, Jerman dan beberapa negara eropah. Ianya mampu menjangkau jutaan ringgit berdasarkan kualiti yang diminta pasaran antarabangsa...

Kemajuan yang dikecapi FGV hari ini pastinya dicemburui pakatan pembangkang..dan mereka pastinya tidak akan berhenti memburuk-burukkan FELDA...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA