networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, May 15, 2015

Punca Sebenar Helikopter Dinaiki Arwah JJ Terhempas Diketahui...


Selepas sebulan lebih tragedi helikopter malang terhempas yang telah meragut nyawa Mantan MP Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan 5 yang lain...

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan hasil siasatan helikopter malang Eurocopter Dauphine AS365 yang terhempas 4 April lalu di Semenyih..

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Penerbangan Awam pengarah sektor Operasi Penerbangan, Datuk Yahaya Abdul Rahman berkata, pengimbang kiri helikopter malang tersebut mengalami kerosakan sejurus mendarat di padang Muadzam selepas berlepas dari Pekan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Sirip pengimbang sebelah kiri itu masih lagi tidak dapat dikesan sehingga kini setelah ianya terpisah 5 saat sebelum helikopter berkenaan terhempas...

Memetik laporan daripada Utusan, akhbar itu melaporkan Tiong Lai me­nge­sahkan juruterbang tidak membuat sebarang komunikasi dengan menara kawalan udara semasa me­lakukan pendaratan di padang bola sepak Sekolah Rendah Ladang Kota Bahagia.

“Perkara ini tidak diwajibkan walaupun juruterbang digalakkan untuk berkomunikasi dengan menara kawalan udara secara kerap,” katanya.

Menurutnya, selain kesan be­nam, kesan kebocoran cecair turut dikesan di padang bola yang menjadi lokasi pendaratan terakhir helikopter AS365.

“Terdapat kesan kebocoran cecair berlebihan dalam lubang roda pendaratan kiri helikopter di atas rumput kira-kira 10 meter ke hadapan tempat pendaratan apabila juruterbang menaikkan semula helikopter.

“Pasukan siasatan bagaimanapun tidak mendapati kebocoran ini memberi kesan kepada penerbangan ke Subang dan punca kemalangan boleh dikaitkan dengan masalah penstabil,” katanya.

Hasil daripada laporan awal ini, kita dapati ianya berpunca daripada masalah ketika mendarat di padang dan juruterbang tidak memeriksa helikopter berkenaan sebelum melakukan penerbangan semula..

Biarpun kita sudah mengetahui punca helikopter itu terhempas, namun simulasi tetap akan dijalankan yang mana ujian tersebut akan dilakukan di Perancis..tujuan simulasi ini untuk mengenalpasti bagaimana helikopter malang ini terhempas...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan  Awam yang telah bekerjasama dengan pihak luar Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis (BEA) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) untuk mencari punca nahas ini berlaku..

Al-Fatihah untuk arwah JJ dan mangsa lain beragama Islam...

1 comment:

Anonymous said...

Saya merasakan macam ada unsur sabotaj..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA