networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, May 14, 2015

Ramalan Awal Harga Tambang Tren Laju #KL #Singapore Tidak Lebih RM 400!!! @SPADChannel


Projek mega High Speed Rail (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura sedang dalam proses perbincangan berkaitan teknikal dan operasi...

Perdana Menteri, DS Najib Razak berkata awal bulan ini ketika Pemukiman Keenam Pemimpin Malaysia-Singapura "Pembinaan HSR ini dijangka mengambil masa kira-kira 5 tahun, manakala rekabentuk mengambil masa setahun dan proses tender mungkin mengambil masa setahun lagi".

Mengikut perancangan awal, hentian HST ini akan dibina 6 lokasi di Malaysia iaitu KL, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya sebelum berakhir di Jurong East, Singapura...

Tempoh perjalanan dari KL ke Singapura akan menjadi lebih pendek kepada 90 minit...jikalau kita naik kapal terbang pun..banyak proses perlu dilalui sebelum kapal terbang berlepas..jangkaan menaiki Kapal Terbang KL ke Singapura lebih kurang 3 jam termasuk semua proses sebelum berlepas..manakala dengan menaiki kenderaan darat pula memakan masa lingkungan 4-5 jam...

Bagi yang mementingkan masa, HSR pastinya menjadi pilihan utama bagi penumpang yang mahu berurusan dari KL ke Singapura...pasti anda tertanya-tanya berapakah kos yang diperlukan untuk menaiki tren laju ini...

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Singapura, Channel NewsAsia, akhbar itu memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Portal News Asia melaporkan, Mohd Nur Ismal berkata kadar harga yang dikenakan bakal dinikmati oleh semua pengguna sesuai dengan teknologi canggih tren laju tersebut.

Kadar harga ulang alik dari KL ke Singapura menggunakan tren ini tidak akan melebih RM 400 atau S$148 bagi setiap penumpang..kadar harga awal tambang ini diambil daripada perbandingan dengan kereta api laju Taipei-Kaohsiung sepanjang 345 KM yang mengenakan tambang sebanyak RM 190 untuk sehala...jarak ini sesuai dibuat perbandingan untuk projek mega HSR KL-Singapura...

Menurut Ismal lagi, HSR ini dijangka bakal merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan kerana para pelancong dari seluruh pelusuk dunia bakal ditawarkan satu pakej pelancongan rentas sempadan Malaysia dan Singapura...

Kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menyelesaikan semua isu berkaitan HSR akhir tahun ini...


1 comment:

Azamas Sahar said...

Jangan bukan2 ditengah matawang jatuh isu 1mdb mana datang bajet nak HSR pulak.Pindahkan Lori ke tuas senangkan orang bajet sekangkang cover tol beat jalan 1 lagi did mersing dan pantai timur.promos I pantai Timur dan senangkan orang keluar masuk melalui tambak johor.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA