networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, May 11, 2015

TEKS1M Bakal Berwajah Baru Ganti Proton Exora.. @SPADChannel


Perkhidmatan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) yang sekarang ini sinonim dengan kenderaan model Proton Exora berwarna putih coklat keemasan dijangka akan memperkenalkan TEKS1M Model Toyota Innova...Portal otomatif Paultan.Org mengeluarkan artikel tentang jangkaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memenuhi keperluan TEKS1M sebanyak 7,500 unit menjelang akhir tahun ini.

Setakat ini, TEKS1M yang bermodelkan Proton Exora terdapat sebanyak 1,000 unit di kawasan Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang..jangkaan untuk mencapai sasaran 7,500 amat jauh sekali...dan bagi memenuhi sasaran Toyota Innova dicadangkan sebagai ganti...



Jangkaan harga bagi TEKS1M-spec Toyota Innova akan bermula pada harga RM 73,288 untuk manual dan RM76,011 untuk automatik..selain Toyota, SPAD turut melakukan rundingan dengan jenama lain seperti Nissan..

Nissan sekarang ini sedang mengembangkan model NV200 sebagai teksi dalam usaha syarikat itu menjadi kuasa teksi dunia...di bawah ini model Nissan NV200 yang banyak digunakan di bandaraya besar dunia New York..


Cadangan ini merupakan satu lagi pendekatan baru SPAD bagi menaikkan imej pengangkutan awam di Malaysia..penggunakan akan ada lebih pilihan untuk menaiki kenderaan jenis apa..jikalau sasaran 7,500 model TEKS1M tercapai, ia akan memberi perkhidmatan yang berkualiti setanding negara maju dunia...

TEKS1M yang diperkenalkan dengan model Proton Exora merupakan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Program Pelancaran Perdana...Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata "teksi bajet dan eksekutif yang mencapai had umur 10 tahun perlu ditukar kepada TEKS1M yang telah berkuatkuasa 1 Mei tahun lalu"..

Inovasi ini semua berlaku dengan matlamat mahu meningkatkan imej kenderaan awam di Malaysia dan mampu bersaing dengan perkhidmatan pengangkutan awam dinegara maju lain...

4 comments:

Anonymous said...

Tak da kereta lain agak ny...asyik kereta import ja...macam pa g...

Anonymous said...

Kereta Proton tak payahlah Kerajaan Nak promote sangat, Itu Kereta Mahathir...(suka aku maki penuh).

Kereta Pritin TAK BAGUS, MAHAL TAK SEPADAN KUALITI...

Aku bersyukur bila dapat tukar kereta Proton ke Perodua... Jauh beza kyaliti & kepuasan penggunaan, bagai langit dan bumi, ouas dgn duit penat lelah bayar pon berbaloi.

Sampai Bila Mahathir Proton Nak tipu Melayu yg terpaksa beli kereta Proton yg tak ada kualiti?

Cukup2 lah, kalau tak der Proton, mungkin harga kereta akan jauh lebih murah 30-40% drp sekarang.

Boikot Proton, Boikot Mahathir..MahaLanun..

Anonymous said...

Saya pernah melancong ke Malaysia..kondisi pengangkutan awam di Malaysia dalam keadaan baik saja..berbeda di Jakarta..sesak dan tidak tersusun..

Anonymous said...

Najib jatuhkan Proton Mahathir.
Najib jatuhkan industri kereta negara sendiri.
Ini patriotisme.
Berbanding orang tiada patriotisme langsung di atas.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA