networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, May 13, 2015

Terkini Harga Top Up - Shabery Beri Kenyataan Baru!


Sejurus pengumuman YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mahukan hanya DS Shabery Cheek sahaja yang mengeluarkan kenyataan rasmi tentang top up...bawah ini kenyataan sulong Shabery tentang isu Top Up dikenakan GST...

Kenyataan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sidang Akhbar mengenai GST Topup Prepaid

13 Mei 2015, KKMM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Terima kasih kepada rakan-rakan dari media massa kerana hadir. Pada hari ini, saya ingin memaklumkan perkembangan terbaru mengenai pengenaan GST yang telah ditetapkan ke atas tambah nilaiprabayar.

2. Pada 4 Mei yang lalu, Kementerian telah mencadangkan supaya rakyat mendapat nilai sebenar bagi setiap tambah nilai prabayar yang dibeli.

Keputusan Kabinet

3. Pada hari ini, Kabinet telah bersetuju dengan cadangan Kementerian supaya tambah nilai prabayar yang dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan.

4. Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan ataupun usage-based. Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana Kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

Kaedah Pelaksanaan

5. Bagi mengimbangi kesan pengenaan GST, Kementerian telah meminta pihak telco untuk menurunkan tarif perkhidmatan mereka.

Pada masa yang sama, telco juga digesa menawarkan pakej-pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar.

6. Kerajaan mahu pihak telco melaksanakan kaedah dan pendekatan ini sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan. Sementara itu, pengenaan GST atas tambah nilai prabayar diteruskan pada kaedah sedia ada sehingga formula ‘beli RM10 dapat RM10’ ini dilaksanakan.

7. Kerajaan akan sentiasa memastikan agar perlaksanaannya tidak merugikan rakyat. Dalam masa yang sama, Kerajaan juga ingin melihat tahap kualiti perkhidmatan yang baik daripada syarikat-syarikat telekomunikasi.

Sekian terima kasih.

1 comment:

Rakyat prihatin said...

"Cukai GST untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan ataupun usage-based"

apa maksudnya ni? maksudnya setiap kali kita telefon atau msg akan dikenakan GST 6%?

apa gila pengiraan matematik kerajaan. Sedangkan dahulu sudah ada SST tapi harga tetap RM10 dapat nilai RM10. tetapi selepas dibakulsampahkan SST & digantikan dgn GST setiap penggunaan akan dikenakan GST 6%?

Maksudnya SST dahulu masih KEKAL & rakyat dikenakan cukai tambahan iaitu GST mangikut kadar penggunaan telefon?

kaedah matematik mana yg digunakan kerajaan? Kalau mcm ni lah gaya kerajaan melayan rakyat, tunggu sahajalah nasib pada PRU14 nnt. Jahanam Malaysia dibuat sekarang ni.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA