networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, May 19, 2015

UMNO Sama UMNO Berkelahi...DAP Dah Ada Kabinet Bayangan Sendiri!


Tatkala UMNO kini dalam keadaan terancam dek kerana desakan demi desakan Tun M yang mahukan Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri...DAP pula dalam diam bercita-cita tinggi untuk mentadbir kerajaan...

PRU 14 pun lama lagi..mereka dah bercita-cita tinggi...inilah cara DAP..mereka tidak akan masuk campur konflik dalaman parti kerana perjuangan mencapai matlamat MALAYSIAN MALAYSIA harus diutamakan...

Lihat saja..konflik dalaman berlaku dalam PKR..mereka senyap...dalam PAS pula mereka hanya godak isu hudud...maka PAS sama PAS pula bercakaran...

Ibarat seperti tidak terkesan dengan kenaikan cukai bermacam dinegeri tadbiran DAP...rakyat pula tidak mampu menghalang status kemampuan memiliki rumah mampu milik RM 300,000..rakyat Penang seperti menghalalkan sahaja apa yang DAP lakukan...

Kerana apa?kerana mereja terlalu kuat untuk Melayu lawan...kuat sangatkah DAP sampai parti keramat Melayu UMNO tak lawan?mungkin UMNO kini sudah tidak berminat menyerang pakatan..menyerang sesama sendiri lebih seronok...

Masihkah anda ingat sewaktu Tun M berkuasa....masa itu PAS guna slogan Undur Mahathir Negara OK untuk menterjemahkan makna UMNO...mungkin sesuai digunakan waktu ini...

Mahathir lebih gemar menyerang sesama sendiri daripada membantu menguatkan parti dengan menyerang pembangkang...

Bukan kita hendak menafikan kehebatan Tun M sewaktu dahulu..cumanya kita sedih orang yang bersusah payah menaikkan nama negara kini cuba menghancurkan presiden..menghancurkan parti..udah-udahlah Tun...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA