networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, May 21, 2015

@WeeKaSiongMP Ucap Terima Kasih Kepada @NajibRazak Atas Pembentangan #RMK11 "Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat"


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan legasi idea Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk memastikan negara kita mencapai negara maju menjelang 2020...Biarpun diserang bertubi-tubi oleh Tun M, Najib langsung tidak meminggirkan idea Tun M dalam merangka RMK11 untuk tempoh 5 tahun akan datang menuju wawasan 2020...

Beranikah Mahathir memuji Najib tentang RMK11 yang mana meneruskan legasi ideanya?kita tinggalkan cerita si Mahathir ini.,biarkan dia dengan kerja kutuk mencari kelemahan bagi menjatuhkan Najib...

RMK11 yang dibentangkan YAB PM siang tadi bertemakan pertumbuhan berpaksikan rakyat...semuanya berteraskan rakyat kemudahan untuk rakyat..ekonomi untuk rakyat..kos pendapatan isi rumah pun akan meningkat dijangka kepada RM 5,000 menjelang 2020...

Mengenai intipati RMK11 ini, Datuk Dr Wee Ka Siong antara pemimpin yang awal mengulas tentang RMK11 yang dibentangkan YAB PM...Wee Ka Siong mengucapkan terima kasih kepada YAB PM atas pengumuman ini yang mana mampu memacu negara ke hadapan berpendapatan tinggi..

Wee Ka Siong merujuk RMK 11 merupakan rangka tindakan bagi Malaysia sebagai perkembangan besar dalam tempoh lima tahun akan datang menuju cita-cita Wawasan 2020..

Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah menerima pendapatnya untuk terus memberi perhatian kepada Kampung Baru Cina terutamanya dalam bentuk Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina untuk membantu 607 penduduk Kampung Baru Cina memulakan perniagaan.

Program yang dilancarkan sejak 2011 ini telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina sehingga 2014..Wee dalam kenyataan tersebut berharap lebih ramai penduduk kampung mampu mengubah kehidupan mereka melalui perniagaan...

Apa yang dilakukan Najib sekarang ini berada pada landasannya..tidak sesekali meminggirkan bangsa lain dalam mengecapi pembangunan lebih mapan menuju 2020...keadilan sosial merupakan suatu faktor tumpuan bagi memberi penilaian dalam membantu rakyat yang benar-benar layak dibantu...salah satunya ialah BR1M...BR1M telah memberi sedikit kenikatan bagi mereka yang benar-benar memerlukan...

Di bawah ini ialah beberapa intipati RMK11 yang dibentangkan YAB PM siang tadi:

BUTIR-BUTIR PENTING DALAM RMK11 BERTEMAKAN PERTUMBUHAN BERPAKSIKAN RAKYAT

Purata Pendapatan Isi Rumah B40 digandakan lebih RM5,000 menjelang 2020

Kerajaan akan bina 3,000 km jalan berturap lagi di luar bandar (2016-2020)

Lebih RM3 bilion turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang akan beri impak kepada hampir 40 ribu rumah

Kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley seluas 108,000 hektar merangkumi Nilai,Seremban dan Port Dickson.Ia akan lengkapi pertumbuhan Lembah Kelang..

Lebih RM10 bilion akan diluluskan bagi membekalkan air bersih & terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera akan terus jadi agenda nasional. Peratus bumiputera kpd populasi negara kini adalah 68%.

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima.

2 hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf.

6 hospital baru akan dibina di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran.

165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak RM33 juta.

Dalam tempoh RMK10, 74,300 rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta. Di bawah RMK11, 653k unit akan dibina juga oleh pelbagai pihak

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA akan dinaiktaraf daripada tahap akademi kepada status universiti

RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding RM500 juta pada tempoh Rancangan yang lalu

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan,...

Sekurang-kurangnya 80 sekolah baru akan dibina di seluruh negara. Antaranya, 2 di Perlis, 2 di Melaka, 5 di Sabah dan 5 di Sarawak

Projek Rancangan Tebatan Banjir: Krjn akan melaksanakan RTB Sg Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri & Lebir

Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak .

Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada 2019, akan menyediakan akses yang lebih baik kpd penduduk pantai barat di Perak dan Selangor .

Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer akan dilaksanakan

KV MRT Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK11

Isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat .

Di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat.

Loji2 janakuasa elektrik baharu untuk menjana 7,626 MW akan dibina dengan anggaran kos pelaburan RM28b, mewujudkan 35k peluang pekerjaan

Projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak

Dalam #RMK11, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat kpd lebih RM5,000 sebulan pada tahun 2020 drpd RM2,500 (2014)

KL, JB, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti utk melonjak pertumbuhan ekonomi, akan merangka pelan induk persaingan masing-masing.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA