networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, June 26, 2015

@WeeKaSiongMP Selamat Jalani Pembedahan..Semoga Cepat Sembuh Datuk!!!

0 comments

Beberapa detik lalu, kami di sidang redaksi blog Harapan Esok mengetahui kabar bahawa Datuk Dr Wee Ka Siong baru selesai menjalani satu pembedahan...

Status terkini Datuk Wee kini berada dalam keadaan stabil dan dalam proses pemulihan...

Tidak banyak maklumat yang kami dapat tentang penyakitnya sehingga membawa kepada pembedahan...walaupun begitu, kami mendoakan agar Datuk Wee cepat sembuh dan dapag berkhidmat demi negara khasnya masyarakat Cina...

Datuk Wee amat prihatin dengan kebajikan masyarakat Cina dan baru-baru ini beliau telah mengusahakan sejumlah dana untuk membantu orang Cina yang ingin memerlukan dana untuk memulakabn perniagaan..semoga cepat sembub Datuk Dr!

Berikut adalah statent dari pejabat beliau yang kami kongsikan...

Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong telah menjalankan satu pembedahan dengan jayanya dan kini dalam peringkat pemulihan. 

Keadaan beliau adalah stabil dan memerlukan rehat tanpa sebarang gangguan sepanjang tempoh pemulihan seperti yang dinasihatkan oleh doktor

Ahli keluarga beliau dengan rendah dirinya menyeru supaya beliau diberi ruang dan privasi buat masa kini dan beliau akan kembali bertugas dalam masa terdekat.

Sekian, Terima kasih

Monday, June 22, 2015

FELDA Agih Zakat Berjumlah RM 23.1 Juta Kepada Negeri... @NajibRazak

0 comments

Malam tadi, FELDA telah mengagihkan zakat berjumlah RM 23.1 Juta kepada negeri-negeri yang menjadi pusat operasi perniagaan mereka...

Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak kepada Menteri-Menteri Besar setiap negeri, Ketua Menteri dan wakil pusat bagi 14 buah negeri dimana FELDA beroperasi..,

Biarpun difitnah bahawa saham FGV tidak lagi relevan selepas terkeluar senarai bursa saham..namun sebagai sebuah badan yang mengamalkan ciri-ciri Islam, FGV telah melaksanakan amanah mereka dengan baik...

Persoalannya apakah sebuah agensi yang dituduh bankrup boleh mengagihkan zakat sebanyak itu?jawapannya anda sendiri boleh tahu....

Dari dulu lagi pembangkang tidak senang dengan kemajuan FELDA..mereka akan fitnah sehabis boleh bagi menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya golongan peneroka...

Lihat saja kes tanah TRX...tanah berpotensi mendatang keuntungan berlipat ganda ini telah diserang sehingga Tabung Haji dituduh sebagai dalang menyelamatkan 1MDB...bila TH sudah lepas TRX..barulah kita sedar betapa Tabung Haji telah kerugian dalam pasaran hartanah ini...

Jangan sampai pisang berbuah 2 kali...jadikan iktibar kerana sebagai umat Islam kita kena jaga kepentingan kita daripada terus diperalatkan oleh musuh-musuh yang mempunyai agenda tersembunyi...

Tahniah Najib dan Felda! 

Pecahan agihan zakat oleh Felda.. 

Sunday, June 21, 2015

Hati-Hati Agenda Tersembunyi DAP Mempengaruhi Hati Rakyat!!!

0 comments

Biarpun hubungan PAS dan DAP kini dalam keadaan dingin, ianya tidak menjejaskan kestabilan DAP dalam Pakatan Rakyat...hubungan PAS dan DAP ibarat retak menunggu belah namun belum apa-apa lagi DAP telah cuba menggantikan PAS dengan PasMa yang dilihat lebih cenderung dengan agenda kebersamaan PKR dan DAP...

PAS tidak sedar-sedar lagi yang perjuangan mereka dalam Pakatan hanya sia-sia seperti lampin pakai buang...bila dah tak ada manfaat dibuang sahaja...

Dalam hal ini Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesa kerajaan Selangor memulangkan kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan..

Menurut Liow, Pakatan sudah tidak layak mengurus negeri Selangor atas sebab mereka sering gagal mencapai kata sepakat dalam apa sahaja hal sesama mereka..

"Mereka gagal wujudkan polisi yang dipersetujui bersama untuk memerintah negara kerana negara ini ada pelbagai jenis kaum maka satu konsensi yang dipersetujui bersama diperlukan" katanya lagi...

Biarpun kita lihat hubungan PAS dan DAP semacam gantung tidak bertali namun ianya tidak akan memisahkan hubungan kedua-dua parti itu....

Tiong Lai berkata DAP sedang cuba mencipta satu lagi Pakatan baru bersama PasMa atas nama PAS yang amal kesederhanaan.

Berkaitan perkara ini, Tiong Lai menasihatkan orang ramai agar jangan sesekali diperdayakan oleh DAP, tiada kesederhanaan dalam PAS, objektif mereka tegap sama iaitu mahu mewujudkan negara Islam di Malaysia..

Tiong Lai berpendapat DAP akan sentiasa menyembunyikan hasrat mereka yang sebenar asalkan mereka dapat kuasa. DAP akan tetap bersama PAS asalkan kehendak politik mereka tercapai..

Sungguh licik permainan DAP...tengok saja ahli-ahli mereka..bulan-bulan puasa nih masing-masing nak buat-buat konon berpuasa..sanggup pakai baju Melayu lengkap bersamping..itu semua hanya untuk menarik perhatian Melayu kononnya mereka menghormati Melayu dan Islam....jika tertarik dengan Islam apa susah sangat..masuk saja Islam...




Saturday, June 20, 2015

#MH370 - Malaysia Telah Belanja Lebih RM 174 Juta Dalam Misi SAR - Tiong Lai...@NajibRazak @MCAHQ

0 comments

Setakat ini, Malaysia telah membelanjakan lebih AUD$60 Juta atau RM 174 Juta dalam menjalankan misi mencari dan menyelamat pesawat malang MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu...

Sehingga kini, tiada tanda-tanda kapal tersebut akan dijumpai, namun Malaysia masih lagi terus mengharap agar ada sesuatu berita positif tentang pesawat tersebut..

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia akan teruskan misi pencarian yang mana akan menambah lagi zon pencarian kepada 60,000 kilometer persegi..

Usaha ini telah mendapat persetujuan tiga negara Malaysia, Australia dan China...

Menurut Tiong Lai, "Pasukan mencari dan menyelamat beberapa minggu hadapan akan memberi tumpuan di selatan kawasan pencarian sebelum cuaca buruk dijangka berlaku semasa musim sejuk.

"Pasukan mencari dan menyelamat menghadapi rintangan yang sukar ketika operasi dimana ketika ini mereka berada di kawasan terpencil yang mempunyai ombak dan keadaan cuaca yang buruk yang mempunyai kedalaman 6,000 meter. Ketinggian ombak juga pernah mencatatkan ketinggian sehingga 15 hingg 18 meter.

Kita lihat saja usaha yang dilakukan negara Malaysia, tanpa pernah rasa mengalah kita tetap mencari walaupun tiada tanda-tanda pesawat malang itu dijumpai...itu pun masih ada pihak tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan kita jadi boneka Amerika...

Jika ini benar terjadi buat apa kita hendak membazir duit rakyat ratusan juta ringgit...hendak bercakap memang senang..tapi yang memikirkan masalah ini seperti menteri Pengangkutan, beliau tetap menaruh harapan suatu masa nanti pesawat malang tersebut akan ditemui...

Teruskan berdoa...Pray For MH370....

Thursday, June 18, 2015

Syabas Tan Sri Syed Hamid Albar Atas Pelanjutan Kontrak Pengerusi SPAD... @NajibRazak @SpadChannel

2 comments

Perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid Akbar selaku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilanjutkan dua tahun lagi berkuatkuasa 4 Jun lalu..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPAD, "Pelanjutan perkhidmatan Tan Sri Syed bakal memberi lebih masa kepada beliau untuk meneruskan reformasi penambahbaikan standard sistem pengangkutan awam darat di negara ini"

Ini merupakan pelanjutan kontrak Tan Sri Syed yang kedua sejak ianya ditubuhkan pada 3 Jun 2010..

Sejak SPAD ditubuhkan, bermacam-macam transformasi telah dilakukan..baru-baru SPAD melancarkan Bas Rapid Transit yang pertama di Asia Tenggara...tujuannya untuk menampung permintaan perkhidmatan disamping dapat mengurangkan masalah kesesakan apabila rakyat mahu menggunakan perkhidmatan LRT terutamanya pada waktu puncak...untuk artikel ini boleh rujuk di SINI..

Selain memajukan infrastruktur berkaitan pengangkutan awam, SPAD turut menjaga kebajikan pemandu-pemandu pengangkutan awam sejajar dengan kehendak semasa...buktinya, pada tahun ini SPAD telah menaikkan kadar tambang teksi sepertimana yang dikehendaki persatuan-persatuan teksi di Malaysia...biarpun mendapat reaksi pelbagai daripada rakyat, SPAD tetap meneruskan atas kapasiti menjaga kebajikan pemandu...

Bukan mudah tugas dan peranan SPAD...menjaga kebajikan pengguna, pemandu dan kemajuan pengangkutan awam..malah, SPAD turut menggariskan akta dan peraturan untuk dipatuhi semua pemandu pengangkutan awam...

Diharapkan dengan pelanjutan kontrak Tan Sri Syed ini dapat meneruskan agenda mentransformasikan pengangkutan awam negara ke tahap lebih baik...Kami dari sidang redaksi Blog HE mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Syed atas pelanjutan kontrak ini..

Untuk rekod, Tan Sri Syed Hamid sebelum ini merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi sejak 1990 hingga 2013 dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam kabinet sehingga tahun 2009..




Sunday, June 14, 2015

TERKINI Isu Nazri & TMJ !!! 2 Pemimpin UMNO Johor Suara Sokongan Kepada TMJ! JOHOR MESTI JADI JOHOR!

6 comments
Ekoran kritikan Nazri terhadap TMJ, sebentar tadi 2 pemimpin UMNO dari Johor suarakan sokongan kepada TMJ dan beri mesej jelas kepada Nazri tentang perlunya menghormati institusi beraja...ikuti kenyataan media daripada YB Datuk Latif Bandi dan Datuk Zulkurnain Kamisan...

Untuk pengetahuan, kenyataan TMJ yang sebelum ini dimuatnaik di page Johor Southern Tigers telah dikeluarkan dan isu ini telah suram..namun tidak semena-mena datang pula Nazri mengkritik TMJ...

Orang lain pun sokonga kepimpinan Najib..tapi janganlah melampau sangat sampai menyerang kesultanan Johor...tang serangan Tun Mahathir yang melampau kepada Najib tak de pula Nazri ni nak sound...

Dengan kenyataan 2 pemimpin UMNO Johor ini membuktikan bahawa suara Nazri bersifat peribadi dan tidak ada kaitan dengan parti UMNO yang kita kenali menghormati institusi kesultanan negara...


KENYATAAN KETUA UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG BERHUBUNG KENYATAAN MENTERI TERHADAP TMJ

Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri untuk mengatakan sesuatu perkara yg melibatkan institusi diraja. Jangan bermain api. Kita sudah cukup aman selama ini.

Rakyat Johor tidak pernah sesekali  menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat johor.

Rakyat johor akan pertahankan kedaulatan negeri dan juga kedaulatan bangsa Johor.

JANGAN UGUT DAN KURANG AJAR...
Jawatan sebagai menteri bukan lesen  untuk bersikap kurang ajar kepada sesiapa.

Pendirian menteri ini tidak mewakili kepimpinan umno atau rakyat kerana beliau hanyalah ahli MKT yang dilantik..perlantikan beliau hanya oleh Perdana Menteri

JOHOR MESTI JADI JOHOR
Rakyat Johor sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi kedaulatan institusi kesultanan...

Orang luar yang tidak suka cara johor tidak perlu mencerca atau menghina tetapi pintu sentiasa terbuka utk keluar mencari negeri lain...

Datuk Zulkurnain Kamisan
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong


Kenyataan
YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

Setiap warganegara Malaysia yang prihatin berhak untuk menyalurkan pandangan khususnya dalam hal2 yg berkaitan dgn kepentingan awam. Demikianlah juga bagi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Apatah lagi baginda seorang Putera Raja yang sangat perihatin terhadap rakyat baginda dan memiliki ramai peminat serta pengikut yang ratanya di kalangan anak-anak muda khasnya di Negeri Johor Darul Ta'zim.

Oleh hal yg demikian, adalah tidak wajar bagi sesiapapun untuk menafikan hak ini. Malah adalah agak keterlaluan bagi mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yg berbaur ugutan dan boleh mencemarkan nama baik institusi DiRaja Johor khasnya.

Sebagai seorang pemimpin politik yg berpengalaman, YB Datuk Nazri Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kasar dan buruk sedemikian rupa sehingga boleh mengundang perbalahan dan reaksi balas negatif rakyat Johor kepada beliau.

Ianya juga secara tidak langsung boleh memburukkan lagi imej kepimpinan politik dan diharapkan sikap dan perlakuan seperti ini tidak diikuti oleh pemimpin2 yg lain.

Kenyataan Biadap Nazri Aziz Kepada TMJ -Ketua Pemuda MIC Johor Bingkas Pertahankan TMJ

1 comments


KENYATAAN AKHBAR

S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC JOHOR

MENGENAI KENYATAAN BIADAP DATUK SERI NAZRI AZIZ TERHADAP TMJ

PEMUDA MIC JOHOR mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadap Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz terhadap TUNKU MAHKOTA JOHOR, TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM.

Sebagai seorang pemimpin negara, Datuk Seri Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati INSTITUSI DIRAJA di negara kita dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan KONGSI GELAP dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR.

Untuk itu, PEMUDA MIC JOHOR mahu kepimpinan BARISAN NASIONAL PUSAT mengenakan TINDAKAN DISIPLIN kepada Datuk Seri Nazri.Ini selari dengan semangat BARISAN NASIONAL yang sentiasa mendokong prinsip RUKUN NEGARA yang salah satu daripadanya adalah 
KESETIAAN KEPADA RAJA dan NEGARA. PEMUDA MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya MENGHINA dan BERSIKAP BIADAP terhadap INSTITUSI  DIRAJA di MALAYSIA akan menular di kalangan para PEMIMPIN yg lain.

Selain itu, PEMUDA MIC JOHOR mendesak kepimpinan negara agar MEMECAT Datuk Seri Nazri Aziz daripada jawatan Menteri yang sedang disandangnya. Lagipun, ia bersesuaian dengan KEGAGALAN Kementerian Pelancongan dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lepas apabila ia hanya mampu mencatat kemasukan pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong walhal sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong. Ini pun sudah jelas membuktikan bahawa beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik. Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurustadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘TIN KOSONG’.

Sebagai ANAK JATI JOHOR, PEMUDA MIC juga mahu Datuk Seri Nazri Aziz menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR dengan kadar SEGERA ! Janganlah kerana sikap biadap anda membuatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus TERCALAR.

Akhir sekali, PERGERAKAN PEMUDA MIC JOHOR berikrar akan sentiasa BERDIRI TEGUH di belakang INSTITUSI DIRAJA JOHOR dan tidak akan membenarkannya dihina dan dicaci seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini. Kami semua adalah ANAK JOHOR dan ingatlah bahawa hanya JOHOR YANG MENGENALI JOHOR.


S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC Johor
14 JUN 2015

HE: Kenyataan ini menunjukkan Pemuda MIC Johor lebih menghormati Institusi Beraja daripada Nazri Aziz...walaupun aku UMNO dan Pro Najib..nak defennd PM tu agak-agaklah...statement asal di page JST dah dipadamkan pun...tiba-tiba Nazri pula nak jadi hero pertahankan...nak pertahankan tak pe..tapi yang p serang TMJ tu buat apa pula...silaplah p serang TMJ, Orang JDT tetap hormat TMJ...

Saturday, June 13, 2015

Tun Mahathir Perlu Hentikan Serangan Memburukkan Kesultanan Johor!

13 comments


Sudahlah Tun Mahathir...janganlah terlalu lantang sangat...makin banyak cakap makin banyak silapnya..rasa sungguh kecewa bila Tun M mengungkit kisah Almarhum Sultan Iskandar...Tun M sepatutnya berehat diusia senja ini..tiada siapa yang menidakkan jasa Tun M..tapi sejak akhir-akhir ini tindakan Tun Mahathir agak keterlaluan...cukup-cukuplah Mahathir!

ingat! Rakyat Johor setia pada kesultanan Johor...

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

Istana Bukit Serene Dalam Bentuk Lego Kini Di LEGOLAND!

0 comments

Sebentar tadi telah berlangsungnya upacara perasmian Miniland istana Bukit Serene di LEGOLAND Malaysia..DYMM Sultan Johor telah berkenan untuk mencemar duli hadir ke majlis berkenaan..

Berikut adalah beberapa keping gambar pada majlis berkenaan...memang terbaiklah Legoland...usaha ini akan mendekatkan lagi pelancong dengan negeri Johor... 




Wanita MCA Buat Jualan Amal Bantu Mangsa #GempaSabah

0 comments

Wanita MCA ada cara tersendiri untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi Sabah dengan menjual penyimpan berus gigi...penyimpan berus gigi ini dijual pada harga yang amat berpatutan RM 10.00 sahaja..penyimpan berus gigi ini akan dijual di mana-mana aktiviti beliawarnis dan wanita MCA.

Menurut Ketua Pergerakan Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie "hasil jualan penyimpan berus gigi ini akan disalurkan terus kepada mangsa gempa di Sabah. Pembeli mempunyai pilihan samada mahu membeli atau memberi derma untuk tabung bantuan ini.

Wanita MCA memang amat peka terhadap permasalahan rakyat lebih-lebih lagi yang sedang ditimpa bencana. Dahulu pun masa banjir teruk di Kelantan, MCA turut memberi khidmat bakti meringankan beban mangsa banjir pantai timur.



Dalam misi bantuan ini, Wanita MCA akan menyertai MCA Crisis Relief Squad. Sebarang maklumat untuk menyalurkan bantuan boleh terus menghubungi Sekretariat Wanita MCA di talian 03-22033880...

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataannya telah telah menghubungi Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai dan telah memaklumkan bahawa MCA telah memberi beberapa peruntukan.

"Peruntukan khas dari MCA Crisis Relief Squad telah diumumkan di mana sejumlah RM 30,000 akan diberi kepada SJKC Pai Wen dan sejumlah RM 20,000 akan diberikan kepada rumah agama Hwa Shan Sheng Zu Gong" kata Mei Fun

Untuk rekod setakat ini pegawai JKR dan pejabat pelajaran telah mendapati dari 12 bilik darjah 4 bilik masih boleh digunakan.

MCA antara parti politik yang cepat memberi bantuan jikalau ada mana-mana tempat ditimpa bencana. Syabas wanita MCA dan MCA Crisis Relief Squad atas usaha amal ini...

Thursday, June 11, 2015

Datuk Ehsanuddin Beri Penjelasan Status Sebenar Saham #FGV..

0 comments

Ahli Lembaga Pengarah FELDA, YB. Datuk Noor Ehsanuddin semalam menafikan bahawa Saham milik Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) disingkirkan terus dari senarai Bursa Saham. Beliau menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak berasas daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Ehsanuddin berkata "FGV terkeluar daripada senarai top 30 Indeks Komposit merupakan lumrah dan perkara biasa bagi pemegang saham. FGV masih dalam pasaran utama bursa dan sahamnya akan diniagakan setiap hari seperti biasa. FGV akan berniaga seperti biasa cuma pasaran terkumpul tidak sebesar dahulu. Adalah tidak mustahil dalam beberapa bulan ini FGV boleh masuk semula top 30"

Datuk Ehsanuddin memberi respon tersebut ketika ditemubual selepas mempengerusi mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Pencari Fakta (AIFOCOM) Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi memerangi ancaman Dadah di Kuala Lumpur, selasa lalu.

Menurut Ehsanuddin lagi, terdapat 800 hingga 1000 syarikat yang tersenarai dalam bursa turut alami perkara yang sama tetapi orang tidak ambil pusing.

"Ada syarikat yang berada pada kedudukan nombor 300 tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. FGV walaupun keuntungannya pada penggal kedua jatuh berbanding penggal pertama, ia masih mencatat keuntungan, katanya lagi...

Biasalah namapun FGV, kalau nama syarikat Ah Tong Co. keluar dari bursa saham ke rugi orang buat tak tahu sahaja..itulah kehebatan FELDA...orang sentiasa ambil berat khususnya pembangkang...kita tidak boleh guna teori kauvanis berniaga..hari ini untung RM 100...esok untung RM 99 pun mereka akan cakap rugi seringgit...walhal perkara sebenarnya berlaku keuntungan berkurangan...jauh sekali makna rugi...

Sejak 2014, harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah turun secara drastik dan menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas..

Bab bursa saham ini, ramai yang ambil perkembangan FGV...FGV untung berkurangan tetapi ada syarikat lain yang mengalami kerugian..ini dijelaskan sendiri oleh Datuk Ehsanuddin yang menurutnya IOI Plantations rugi RM 188 juta, Sarawak Plantation turun sebanyak 98 peratus manakal Genting Plantation turun 48 peratus..senarai tersebut catat penurunan kerana penurunan harga kelapa sawit...adalah tidak adil jika orang hendak menyalahkan FGV sahaja...

Sudah-sudahlah tu mencari cara menjatuhkan FGV...selidik dahulu sebelum membuat cerita..turun tangga top 30 indeks komposit dikatakan terkeluar bursa saham..jika masih tidak faham aku bagi analogi lebih mudah..contohnya dalam Liga bola sepak Malaysia terdapat Liga Super dan Liga Perdana..setiap liga ada 12 pasukan...

Jika sesebuah pasukan dapat kedudukan ke- 11 dan ke-12 di liga Super..maka pasukan ini akan turun ke Liga Perdana untuk saingan tahun depan..dan pasukan yang mencatatkan kedudukan pertama dan kedua liga perdana akan naik ke liga super...pasukan tersebut masih bersaing dalam liga Malaysia...adalah tidak adil jika pasukan yang turun ke liga perdana dikatakan tersingkir terus daripada menyertai liga Malaysia...

Begitulah yang terjadi kepada FGV ketika ini..terkeluar list top 30 dituduh dinyah terus dari bursa saham...

Bagi yang ingin mendapatkan ulasan yang lebih terperinci boleh rujuk info di bawah ini :

FAKTA YG PERLU KITA TAHU DULU

• Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) merupakan syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak Jun 2012 dan tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Saham Malaysia Securities.

• Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras FBM KLCI. FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dengan syarikat dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sejak penyenarainya.

• Indeks berkenaan akan disemak setiap enam bulan bagi membolehkan proses penukaran syarikat yang telah tersenarai dengan syarikat dalam senarai menunggu.

• Proses penukaran syarikat dalam indeks berkenaan merupakan proses normal yang dilakukan oleh Bursa Malaysia Securities dan bukanlah amalan yang baharu.


SITUASI SEMASA SAHAM FGV

• Ketika ini FGV masih dalam senarai FTSE Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI  dan proses semakan semula oleh Bursa Malaysia Securities hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015.

• Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan pada 2012 mencecah RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Apabila nilai pasaran yang tinggi, FGV diletakkan dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi ketika itu.

• Harga saham FGV yang telah jatuh kira-kira 50 peratus semenjak IPO telah menyebabkan nilai pasaran modal jatuh kepada kira-kira RM7 bilion ketika ini dan telah menyebabkan kedudukan syarikat bukan lagi di kalangan 30 syarikat dengan pasaran modal tertinggi.


PUNCA KEJATUHAN SAHAM

• Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan.

• Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enam bulan sebelum ini. Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada gaya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.

• Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012. FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 60 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.

• Kejatuhan harga MSM dan saham adalah di luar kawalan pengurusan FGV dan ia ditentukan oleh kuasa pasaran.


DAKWAAN TERKELUAR DARIPADA BURSA MALAYSIA

• Jika FGV tidak lagi tersenarai dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI ini bukan bermakna FGV akan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia.

• FGV masih tetap berada dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia dan sahamnya akan diniagakan setiap hari sama seperti ketika masih berada dalam senarai indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI.

• Perniagaan FGV juga akan  beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan situasi berkenaan.



SAHAM FGV MASA HADAPAN

• FGV akan terus mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan di peringkat domestik dan juga antarabangsa bagi mengembalikan keyakinan pelabur kepada saham syarikat.

• FGV melihat kejatuhan harga sawit hanya bersifat sementara dan yakin kaunter-kaunter saham berasaskan komoditi sawit akan kembali menarik perhatian apabila harga komoditi berkenaan kembali naik.

• FGV telah melaksanakan transformasi perniagaan untuk mencapai kemampanan operasi jangka panjang dengan mempelbagaikan operasi perniagaan yang menyumbang kepada keuntungan kumpulan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sektor ladang.

• FGV juga sedang melaksanakan proses penanaman semula secara agresif bagi mencapai sasaran portfolio umur pokok kepada 60 peratus matang, 20 peratus muda dan 20 peratus tua menjelang tahun 2020, sekali gus menjadikan ladang FGV antara yang terbaik di pasaran.

• Selain itu, FGV juga telah memperkenalkan model perniagaan baharu yang mampu menjana perolehan lebih tinggi, mengamalkan program pengurangan kos di peringkat operasi dan juga menstrukturkan  semula anak-anak syarikat menerusi penggabungan dan penjualan syarikat yang bukan teras serta tidak memberi pulangan.

• FGV yakin menjelang 2020, progam transformasi syarikat akan mencapai kemuncaknya dan saham syarikat akan mencapai kemuncaknya dan saham syarikat akan kembali menjadi tarikan sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam senarai syarikat yang mempunyai modal pasaran tertinggi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Wednesday, June 10, 2015

Tweet Kontroversi @EricPaulsen101 : SEMUT Buat Laporan Polis...

1 comments


Pertubuhan Pasukan (Semut) Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap peguam Eric Paulsen susulan kenyataan biadapnya yang menyentuh mengenai umrah dan air zam-zam.

Menurut pengerusi Pemantau Media Sosial Pertubuhan itu, Zaparudin Abdul Rahim, laporan itu dibuat di balai polis Shah Alam kerana kenyataan yang dibuat menerusi akaun twitternya pada Sabtu lalu dan semalam, jelas menghina serta berniat jahat.

“Dua tweet yang dimuat naik oleh Eric Paulsen ialah “Ni 2 x 5 dengan kit anti histeria Universiti Msia Pahang” yang merupakan jawapan kepada Tweet Astro Awani yang berbunyi “Air zam-zam, habatus sauda mampu bantu merawat ketagihan dadah”.

Manakala tweetnya yang kedua pula menyebut “Oh dear, under siege, can’t answer for 1MBD disaster – cabut to do umrah. Alim lah konon,” katanya sebagai merujuk kepada lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi selama tiga hari berakhir semalam.

Menurut Zaparuddin, dua kenyataan Eric itu jelas menghina dan berniat jahat apabila dia menyamakan air zam-zam iaitu air suci umat Islam dengan Kit Anti Histeria yang dihasilkan oleh Universiti Malaysia Pahang.

Beliau berkata, Eric yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty cuba memberi tanggapan buruk dan menanam kebencian terhadap Perdana Menteri, kononnya beliau melarikan dari tanggungjawab terhadap isu 1MDB dan berselindung disebalik aktiviti agama dengan melakukan umrah.

Justeru beliau memohon polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini agar ia tidak berulang lagi.

Eric sebelum ini pernah didakwa di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan menerbitkan kenyataan menghasut berhubung dakwaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis di negara ini. - TV14.my

Tuesday, June 9, 2015

Gambar @NajibRazak Di Sabah Ziarah Keluarga Mangsa & Jumpa Hero Malim Gunung Kinabalu!!!

0 comments

Dato' Sri Najib Razak bertemu Kumpulan  Malim Gunung wira tidak didendang ketika tragedi Gempa Sabah.

Selepas pulang dari menunaikan Umrah dan urusan negara di Arab..Najib terus ke Sabah untuk menziarahi keluarga mansa dan memberi pengiktirafan kepada malim Gunung Kinabalu yang banyak berjasa dalam misi menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu...

Inilah hero sebenar...biarpun ramai macai mempertikaikan Najib lebih utamakan Umrah dari Sabah namun selepas lawatan rasmi ini semuanya fitnah dan rekayasa kuncu-kuncu pemberontak yang mencari salah Najib akhirnya malu sendiri...

Najib sudah ziarah keluarga mansa...madey bila lagi?




Satu Lagi Kemajuan Pengangkutan Awam @SPADChannel !20 Bas #GoKL Lengkap Internet WiFi, Tempat Kerusi Roda Dan Mesra OKU Janji Keselesaan Warga Ibu Kota! #GoKLNow

0 comments

Industri pengangkutan awam di Malaysia kini sedang dalam landasan yang betul dalam usaha kita meneroka alaf baru 2020 yang hanya 5 tahun sahaja lagi..

Baru-baru ini 20 buah bas Go KL telah dilancarkan oleh SPAD..pelancaran 20 biji bas ini bukan saja-saja..tujuannya untuk memastikan pengangkutan awam yang selesa pada masa puncak..

Bas GoKL ini akan menggantikan bas yang telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan Merah sejak 1 Mein2015..

Apa yang istimewanya bas GoKL ni?
Bas ini dilengkapi dengan internet WiFi, tempat kerusi roda, ‘ramp’ dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU. Bas GoKL ini telah mematuhi piawai NGC EURO 5 yang mana mampu menampung kapasiti penumpang seramai 65 orang...bagi memastikan tahap keselamatan penumpang, setiap bas mempunyai 4 CCTV setiap bas...Dalam bas GoKL ini juga terdapat sistem audio untuk mengumumkan setiap hentian...dah macam naik LRT pula...ianya turut dilengkapi dengan sistem penjejak GPS...

Sejak Bila Bas GoKL diperkenalkan?
Perkhidmatan Bas Go KL ini telah diperkenalka sejak 2012 dengan laluan (hijau dan ungu) yang mana telah beroperasi sepanjang laluan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni-Bukit Bintang. Ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan laluan Biru dan Merah pada 2014. Perkhidmatan laluan Merah adalah darinTerminal Bas Jalan Tun Razak ke KL Sentral dN mempunyai 21 hentian. Sementara laluan Biru bermul dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang dan mempunyai 20 hentian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal,"Setakat ini, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melabif RM 28.4 juta bagi oengoperasian perkhidmatan bas Go KL. Perkhidmatan bas Go KL ini ditawarkan secara percuma sebagai alternatif berdaya maju dan ekonomi bagi kegunaan warga kerja, membeli belah, pelajar dan juga pelancong di dalam kawasan perniagaan pusat, Dianggafkan 27,000 penumpang menggunakan perkhidmatan harian Go KL dan dengan 20 nas baharu ini, SPAD mengharapkan jumlah oenumoang akan terus meningkat"

Bersempena mempromosikan perkhidmatan Bas Go KL ini, SPAD telah menganjurkan peraduan #GoKLNow bagi menggalakkan kesedaran untuk menggunakan bas percuma ini...

Maklumat tambahan mengenai peraduan (dari 1 Jun sehingga 26 Jun 2015) tersebut boleh didapati di laman Facebook SPAD (facebook.com/SPAD.my).

Bermacam-macam cara SPAD lakukan untuk meringankan beban rakyat..dengan Bas Elektrik Rapid Transit...kini bas Go KL pula..dalam perancangan SPAD mahu buat keretapi laju...cuma kita sahaja sedar atau tidak kewujudan kemudahan pengangkutan awam ini...syabas SPAD atas satu lagi usaha meningkatkan jaringan kemudahan pengangkutan awam darat!

Berikut adalah beberapa keping gambar BAS GoKL...
            






Monday, June 8, 2015

Page FB Pro Tun Hentikanlah Hasutan Membenci @NajibRazak. Jangan Ambil Tugas Iblis!!

4 comments

Hairan betul aku dengan page proTun ni..pertikaikan kenapa PM Najib Razak tak p Sabah..dia ke Arab ada urusan negara...wakilnya TPM dah pergi...tunggu sajalah bila ada free jadual dia pergilah...mustahillah Najib xkan pergi Sabah...Tun M yang katanya sayangkan Malaysia dah pergi Sabah ke?Tun Hasmah boleh doakan Najib di depan Kaabah masakan tidak Najib doakan kesejahteraan Malaysia...

Laga-lagakan Najib dan Tun M yang ruginya UMNO juga...fikir-fikirkanlah...

Ini berita baru : PM pendekkan Lawatan Kerja Di Arab Saudi. PM Akan Tiba Dari Saudi Jam 10 Malam Ini 8 Jun 2015 di Kompleks Bunga Raya Klia. Dia akan ke Sabah melawat Mangsa Gempa Bumi segera mungkin

Puas hati page pro Tun..

Kementerian Pelancongan Perlu Iktiraf Malim Gunung Kinabalu...

0 comments

Kementerian pelancongan perlu iktiraf dengan memberi elaun khas kepada Malim Gunung Kinabalu...mereka ini wira yang tidak didendang....

Di Indonesia kementerian pelancongan mereka telah mengiktiraf pemandu gunung di Gunung Berapi Takuban Perahu...mereka ini akan menjadi pemandu pelancong..tetapi sebagai bayaran kita kena beli barang dari mereka yang terlalu mahal...gelang besi harga 30ribu rupiah boleh jadi 300,000...

Barang-barang yang mereka jual sangat mahal..rat-rata barang yang dijual mencecah harga 10 kali ganda lebih tinggu dari pasaran...

Benda baik boleh ambil benda buruk kita pisahkan...bab malim ini...apalah salahnya bagi mereka elaun khas...masa tragedi gempa bumi ini kita dah tengok betapa hebatnya malim gunung ini berkhidmat...

Baca berita kehebatan Malim Gunung:

Peranan dan pengorbanan malim gunung dalam menyelamatkan pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi baru-baru ini menarik perhatian masyarakat dunia.

Kisah keberanian dan susah payah mereka ketika menyelamatkan pendaki terbabit kini tersebar dengan meluas melalui media tempatan dan asing.

Ramai pendaki yang terkandas di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu memuji kemahiran dan ketangkasan wira berkenaan dalam menyelamatkan mereka selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada 7.15 pagi Jumaat, yang turut menggegarkan Gunung Kinabalu.

Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya menyifatkan malim Gunung Kinabalu sebagai wira yang perlu diberi sanjungan.

Pendaki Australia, Vee Jin Dumlao memberitahu ABC bahawa beliau amat terhutang budi kepada malim gunung bernama Jomius, yang telah bertungkus-lumus membantu para pendaki untuk tiba di tempat selamat selepas kejadian itu.

"Malim gunung adalah wira sejati. Mereka menggadai nyawa dan membuat keputusan rumit, yang akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa kami," katanya.

Cable News Network (CNN) pula melaporkan bahawa para malim gunung muncul sebagai wira dalam menyelamatkan mereka yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi itu.

Pendaki tempatan, Nurul Hani Ideris, 29, memberitahu CNN: "Para malim gunung itu nampaknya tahu setiap inci kawasan dan berjaya membuka ruang melalui landskap yang musnah teruk, dengan memotong dahan serta mengikat tali untuk mewujudkan laluan baharu".

Lynn Siang, seorang jurucakap agensi pelancongan, menyifatkan para malim gunung berkenaan sebagai wira kerana telah melaksanakan tugas penting dalam usaha menyelamat di laluan yang terhalang oleh bungkahan batu melalui penggunaan tali.

"Apabila pendaki selesai melintas tali itu, mereka akan memijak bahu malim gunung yang menjadikan tubuh mereka sebagai kusyen," katanya kepada CNN.

Setakat ini, gempa bumi itu disahkan meragut nyawa 13 pendaki, termasuk seorang malim gunung bernama Robbi Sapinggi, manakala sekurang-kurangnya enam lagi masih belum dapat dikesan. - Bernama

Sunday, June 7, 2015

Johor Lancar JESP Tingkatkan Prestasi Akademik Rakyat Johor! Syabas @KhaledNordin

1 comments

Program Johor Corporation Education Sponsorship Programme (JESP) melibatkan anggaran kos RM16 juta disasarkan kepada seramai 100 bakal graduan dalam bidang ekonomi, kejurute­raan, undang-undang dan perakaunan berdasarkan keperluan dan sinergi bisnes Kumpulan JCorp.

Daripada 34 peserta yg berjaya baru baru ini , 28 calon terpilih ke peringkat Asasi, Matrikulasi, A-Level dan Ijazah Sarjana Muda, manakala enam mendapat tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Apa yang Johor Corporation lakukan hari ini, adalah contoh sangat terpuji yang menjurus kepada penggilapan bakat yang kita miliki. Johor Corporation tampil dengan berani, gigih dan bersungguh-sungguh dalam ikhtiar membangunkan minda anak bangsa. Dan pelaburan Johor Corporation ini sangat besar bukan sahaja dari nilai kewangan tetapi juga dari kepentingan jangka masa panjang Johor dan Malaysia.

Saya menyimpan harapan, akan banyak lagi pihak dari sektor korporat dan industri yang tampil dan bersama-sama membangunkan sektor pendidikan kita. Bukan kerana ini adalah permintaan dan gesaan saya. inilah penzahiran semangat dan ruh sebenar Muafakat Untuk Johor yang kita pegang dan dukung.

MBJ Mohamed Khaled Nordin

Jom Baca Apa Kata Dua Pemimpin UMNO Tentang Tindakan Tun M Naik Pentas.. #Nothing2Hide

11 comments

Tindakan Tun M yang bertindak melulu naik ke atas pentas dalam program Dialog PM bersama NGO kelmarin telah mengundang banyak persepsi...ada yang bersetuju dengan tindakan liar Tun M biarpun program tersebut bukan program yang mengkehendaki Tun M bercakap..dan ada juga hairan dengan tindakan negarawan itu yang merosakkan program yang dirancang menjadi Dialog Mengkritik PM...

Sebagai orang beragama Islam dan berbangsa Melayu..sebagai tetamu kita kena hormati majlis orang lain..merosakkan majlis orang lain tidak diajar dalam Islam dan bercanggah sekali dengan budaya Melayu kita...sajak Tun M "Melayu Mudah Lupa" kini menjadi realiti apabila dia sendiri telah lupa yang majlis tersebut bukan majlisnya...barangkali Tun M tidak tahu program yang dihadiri itu adalah Dialog PM bersama NGO dan bukannya Dialog Kritik PM...

Sudahlah naik ke atas pentas yang bukan majlisnya...bila bercakap pula tu mencemarkan maruah Perdana Menteri..sungguh kurang hajar tindakan Tun M.ketika dizamannya rasanya jika ada orang yang berani mengkritik secara terbuka sudah lama disisihkan..golongan fanatik Tun M pastinya menghalalkan apa sahaja yang dilakukan olehnya...merosakkan majlis orang lain pun dipersetujui oleh ahli fanatik Tun M....

Semakin berusia semakin pelik perangai Tun M..apa yang dia hendak sebenarnya?menyelesaikan masalah ataupun menjatuhkan Najib?apa yang kita lihat tindakan Tun M hanyalah mahu menjatuhkan Najib dan jauh sekali untuk menyelesaikan masalah...Islam sendiri mendidik umatnya menjaga aib orang lain..

Bercakap tentang tindakan Tun M ini, saya ingin kongsikan pendapat dua pemimpin UMNO, Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid dan Tan Sri Anuar Musa yang dipetik daripada laman BNBBC

Datuk Ehsanuddin : “Ni majlis PM, tiba-tiba jadi majlis Tun, bagi saya kurang manis, kalau majlis kahwin ramai-ramai datang jadi Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid majlis perdebatan, ni ke nak tunjuk dekat anak-anak?

“Kalau nak betulkan, buat dengan cara betul, ini tidak, dan pada saya ini sangat malang, sebab kedua-dua pemimpin itu saya sanjung,”

“Kalau niat dia baik nak betulkan, tapi cara nak melaksanakan tu salah, ia akan jadi salah jugak,” 

Menurutnya, pentas tersebut disediakan untuk Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi menjawab segala persoalan yang dikemukakan aktivis dan NGO.

Datuk Ehsan meluahkan perasaannya yang agak terkilan kerana tindakan Dr Mahathir itu hanya sekadar ingin melepaskan perasaannya di khalayak ramai dan bukan untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui perbincangan.

Tan Sri Anuar Musa : “Kerajaan sedia nak jawab tapi penganjur kena uruskanlah betul-betul, saya ni datang sebab nak dengar, saya nak tanya sendiri.

“Tapi bila dah jadi macam ni, memang pihak keselamatan ada hak untuk membatalkan program serta merta,”

Tan Sri Anuar Musa pula kecewa dengan pihak pengurusan program, SukaGuam yang tegasnya harus lebih bersedia untuk mengawal tahap keselamatan dengan lebih ketat agar insiden sebegini dapat ditangani sebaik mungkin...

Kedua-dua pemimpin ini lebih rasional berbanding golongan fanatik Tun M...mungkin agaknya terlalu emosi sampai lupa program tersebut telah dirancang untuk PM menjawab segala tuduhan dan bukannya dibuat khas untuk Tun M...

Saturday, June 6, 2015

Koperasi PKS Cina Terima Dana Bantuan RM 50 Juta.. @NajibRazak @LiowTiongLai @WeeKaSiongMP

0 comments

Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) menerima dana bantuan sebanyak RM 50 Juta daripada kerajaan untuk membantu Usahawan PKS masyarakat Cina dari segi modal tambahan, pusingan, pembelian aset atau peralatan dan pembiayaan projek.

Pemilihan KOJADI sebagai agen tengah menyalurkan bantuan bagi membantu masyarakat Cina mengembangkan Perniagaan Kecil Sederhana amat bersesuaian..ini kerana KOJADI telah diisytiharkan dengan taraf lima bintang oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 2014, menduduki tempat ke-59 dalam kalanhan koperasi masyarakat terbaik dan berada di tangga ke-20 terbaik dari segi aset atau perolehan...

Perdana Menteri, DS Najib Razak berkata, kerajaan mengalu-alukan peranan yang ingin dimainkan MCA dan skim pembiayaan itu lahir daripada kehendak parti tersebut yang komited mahu melihat golongan usahawan dan PKS khususnya dalam kalangan masyarakat Cina terus berkembang...

Semua ini merupakan inisiatif MCA sejak 1981 lagi dengan tujuan mahu membantu masyarakat Cina terus maju dalam bidang perniagaan...pastinya usaha ini tidak sia-sia kerana kita sedia maklum bahawa orang Cina pandai dalam selok belok perniagaan..cumanya ada yang kekurangan modal..jadi penyelesaianya KOJADI akan menggunakan dana yang diterima sebanyak RM 50,000,000 untuk membantu usahawan PKS Cina...

Menurut Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, jumlah pembiayaan yang disalurkan antara RM 50,000 dan RM 250,000 dengan kadar faedah serendah 4%...

Syabas MCA atas inisiatif ini...

Friday, June 5, 2015

Kementerian Pengangkutan Beri 6 Bentuk Sokongan & Bantu Kepada MATA - @LiowTiongLai

4 comments
Dari kiri :Dato' Ir. Abdul Hak Bin Md. Amin, Vice Chairman of Malaysian Shipowners' Association, Dato' Hj. Baharin Bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia (Marine Department), Dato' Abdullah Yusuff Basiron, Setiausaha Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan, Y. B. Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan dan  Ir. Nordin Mat Yusoff, Chairman of Malaysian Shipowners' Association
Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai mengumumkan 6 bantuan dan sokongan kepada Malaysian Shipowners' Association (MATA) bagi membuktikan sokongan kerajaan kepada persatuan pemilik kapal Malaysia itu. Berikut adalah bantuan dan sokongan yang telah dirancang oleh Kementerian Pengangkutan yang telah diumumkan DS Liow Tiong Lai ketika merasmikan bangunan baru MATA tempoh hari yang dipetik dalam bahawa Inggeris:
i) The formation of Malaysia P&I Club for ships below 300 Gross Tonnage. In this regards, MOT is coordinating with MOF for a startup grant of RM4 million for the club. This will enable Malaysia P&I Club to offer an affordable and competitive insurance premium to small shipowners involving third party liabilities. The insurance will cover a wide range of liabilities including death, personal injury, property damages, wreck removal and even abandonment of seafarers. I was made to understand that the setting up of the club is in its final stage and we’ll start operation before the end of the year. 
ii) To further request the Ministry of Finance (MOF) to consider including ferries, barges, tug boats, supply vessels, crew vessels and other vessels as well as crew members working on them to be exempted from corporate and personal tax respectively. In this regards, I have also sent a letter to YB Menteri Kewangan II to consider the request favorably.  
iii) In the 2012 budget, the Government planned to reduce the existing tax exemption for shipping companies from 100% to 70% of their statutory income. However, the Government deferred the plan until 2015 in views of MOT and MASA’s appeal. Hence, MOT is preparing a comprehensive paper to justify why the 100% tax exemption should be retained and its correlation with the Malaysian shipping in the global market. The retention of the 100% tax is also crucial for Malaysian shipping to be competitive and to be sustainable in this hugely competitive world shipping market. 
iv) In the 2014 budget speech, an amount of RM3 billion was allocated as soft loan under the Maritime Development Fund via Bank Pembangunan Malaysia. The Fund is aimed at providing financing to shipowners to develop the shipping industry, shipyard construction, oil and gas as well as maritime-related support activities. Thus, to ensure that the Fund objective are fulfilled and utilized, the Ministry is facilitating multiple discussions with relevant agencies to expedite the Fund disbursement and in this regards, I would like to thank MASA for their involvement and participation in the many discussions that were held; and finally   
v) Recognizing the criticality of the shipping industry to the Malaysian economy and its people, the Ministry, Maritime Institute of Malaysia (MIMA), MASA, Marine Department of Malaysia and other stakeholders are formulating strategies and action plans to address challenges faced by the Malaysian shipping in the Malaysian Shipping Master Plan.  The Malaysian Shipping Master Plan is expected to identify issues and make recommendations to be carried out in phases. Among others, the Plan will elaborate and recommend appropriate strategies and measures relating to the shipping industry specifically and the supporting industry in general.  
vi) I was informed that the draft Malaysian Shipping Master Plan will be ready by the end of the year for consideration of the Ministry. I firmly believe that the Master Plan will change the entire spectrum of Malaysian shipping and propelling it to greater heights once implemented. 
Sokongan dan bantuan daripada Kementerian Pengangkutan amat diharapkan bagi menampung industri perkapalan Malaysia yang terjejas akibat kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan dunia. Industri perdagangan laut merupakan industri perdagangan terpenting negara yang iaitu 95% daripada keseluruhan perdagangan negara.

Dalam ucapan Tiong Lai, beliau menekankan bahawa Kementerian Pengangkutan akan sentiasa memberi sokongan bagi menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapai oleh Industri perkapalan yang mana khususnya pemilik kapal Malaysia...

Ianya turut disokong oleh Pengerusi MASA, Ir Nordin berkata "Industri maritim, perkapalan memerlukan sokongan kerajaan sebagai pemangkin memainkan faktor utama indusrti perkapalan menghadapi cabaran era ini."

Berikut adalah beberapa keping gambar sepanjang majlis pelancaran bangunan baru Malaysian Shipowners' Association MATA :

Dari Kiri Duduk: Dato' Ir. Abdul Hak Bin Md. Amin, Vice Chairman of Malaysian Shipowners' Association, Ir. Nordin Mat Yusoff, Chairman of Malaysian Shipowners' Association,  Menteri Pengangkutan, Dato' Abdullah Yusuff Basiron, Setiausaha Bahagian Maritim, Y. B. Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan,  Dato' Hj. Baharin Bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia (Marine Department)

Rafizi Dakwa Tuduhan Naikkan Harga Minyak Boleh Beli Banyak Cincin Berlian Rosmah Hanya Berseloroh..Dah Kantoi Kata Gurau!

2 comments

Lawan terus saman saja Najib....kes fitnah harga minyak naik untuk beli lebih banyak cincin Rosmah...alasan rafizi hanya bergurau memang tak masuk akal...sampai fitnah menjadi kepercayaan itu dikatakan bergurau...

Tony pua pula pertikaikan kredibiliti Najib untuk saman kerana memegang jawatan PM.Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen bagi mrmbela tuduhan menenai 1MDB...katanya Najib perlu terima kritikan...sedapnya ayat...kritikan dan fitnah pun tak tahu beza ker?

Jadi kalau begitu apakah orang menjawat jawatan sebagai PM, Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen langsung tidak boleh terlibat dengan kes saman fitnah?kalau macam tu makin lemaklah pembangkang..dah fitnah macam-macam..bagi alasan hanya jenaka...ikuti laporan penuh dari TMI :

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang sedang berdepan saman fitnah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kerana ulasan berkaitan harga bahan api yang bakal berlaku pada sebuah forum, mempertahankan kenyataannya, mengatakan ia dibuat secara berseloroh.

Dalam pembelaannya terhadap saman itu, Rafizi berkata perdana menteri dan Rosmah tidak boleh menganggap kenyataannya sebagai fitnah tetapi berseloroh.

"Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul. Ia tidak mengandungi fitnah," kata setiausaha agung PKR itu dalam satu dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, sambil menambah ia dibuat ‘secara berseloroh’.


Dalam kenyataan itu, Rafizi berkata harga bahan api yang semakin meningkat akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian.

Rafizi, yang juga naib presiden PKR, juga bergantung kepada pembelaan ulasan wajar dan perlindungan bersyarat untuk saman itu ditolak.

Perkara ini ditetapkan bagi pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman pada 26 Jun.

Sementara itu, peguam yang sudah biasa mengendalikan saman fitnah, tidak menolak kemungkinan peguam mewakili Najib dan Rosmah bagi membatalkan pembelaan Rafizi, apa yang diperkatakannya tidak lebih daripada kata-kata lucu.

Saman terhadap Rafizi difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Mac oleh Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, peguam mewakili Najib dan Rosmah.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah Chan Chee Kong, pemilik portal Mediarakyat.

Dalam pernyataan tuntutan, pasangan itu berkata Rafizi mengucapkan kata-kata fitnah berkaitan kenaikan harga bahan api pada forum di Bandar Tun Razak pada 22 November, 2014.

Najib dan Rosmah berkata ucapan Rafizi dalam video bertajuk "Kenapa kita pertahan subsidi minyak" yang dirakam Mediarakyat, dan Chan atau pembantunya memuat naik di YouTube bagi akses seluruh dunia.

Video ini juga terdapat di laman Facebook Rafizi.

Najib dan Rosmah berkata ucapan Rafizi, yang diterbitkan semula dalam video, jelas bertujuan memfitnah mereka.

Mereka berkata, Chan juga gagal berpegang kepada prinsip kewartawanan yang bertanggungjawab kerana gagal mengesahkan dakwaan sebelum video dibenarkan untuk kegunaan awam.

"Semua defendan tahu sebarang penerbitan akan membawa kerosakan tidak boleh diperbaiki kepada kami dan menjatuhkan reputasi kami dalam pemikiran orang ramai," kenyataan dalam tuntutan itu.

Najib dan Rosmah menuntut ganti rugi yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan permohonan maaf secara terbuka disiarkan dalam akhbar dan majalah.

Mereka juga menuntut Chan mengeluarkan video daripada YouTube, Mediarakyat dan Facebook.

Najib juga memfailkan saman yang sama terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua terhadap komen itu yang didakwa dibuat kepada dana pelaburan strategik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tony memfailkan pembelaannya, memetik antara lain, sebagai ahli Parlimen beliau mempunyai tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membangkitkan isu kepentingan awam.

Ketua publisiti kebangsaan DAP itu berkata, orang ramai mempunyai hak menerima maklumat mengenai isu yang memberi kesan kepada mereka dan semua fakta sudah disahkan sebelum ia didedahkan kepada domain awam.

Pua juga mempersoalkan kedudukan Najib memfailkan saman itu kerana beliau juga adalah ahli Parlimen Pekan, perdana menteri dan menteri kewangan.

"Kelakuan beliau harus tertakluk kepada kritikan apabila memegang jawatan awam," kata Pua.

Najib juga memfailkan saman terhadap Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya yang berkaitan dengan artikel ditulis Rosli pada 19 Februari bertajuk “Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz? (Bhg 2)”.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa penerbitan artikel itu mencemarkan maruahnya dan menyebabkan beliau dikutuk media sosial dan media massa.

Najib juga mendakwa Taufek gagal mengamalkan kewartawanan dengan bertanggungjawab apabila tidak mengesahkan kesahihan artikel sebelum menerbitkannya.

Kritikan memuncak terhadap Najib berhubung 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 dan mencatatkan hutang sehingga RM42 bilion.

Najib berada di bawah tekanan ahli politik pembangkang dan bekas pemimpin Umno, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan anti rasuah yang menuntut siasatan menyeluruh terhadap dana itu. Dr Mahathir juga menuntut Najib berundur terhadap skandal 1MDB itu.

Najib bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan berundur dan akan sebenarnya berjuang lebih kuat, memberitahu orang ramai di Sarawak semalam agar tidak memandang rendah kepadanya.

Berucap pada perhimpunan yang diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching semalam, perdana menteri berkata beliau mempunyai "semangat pahlawan" dan akan bekerja lebih keras, berjanji menyelesaikan semua masalah dihadapi negara ini, termasuk hutang 1MDB. – 5 Jun, 2015.

Thursday, June 4, 2015

TERKINI : Md Sabu Kalah Pemilihan PAS..Dicadang Sertai DAP Oleh @ZaidIbrahim

2 comments

Ini bukan lagi sandiwara. .ternyata pemilihan PAS untuk sesi 2015-2017 kali ini membuktikan penyokong PAS tidak rela parti mereka terus diperkotak katikkan oleh DAP...

Baru sebentar tadi keputusan pemilihan PAS diumumkan...HJ Hadi terus menjadi Presiden dan Tn Ibrahim sebagai Timbalan Presiden.. 

Belum pun Md Sabu meratap kecewa akibat kekalahan, Zaid Ibrahim telah mencadangkannya agar menyertai DAP..tidak tahu sama ada Zaid ikhlas atau sekadar memperlekehkan kekalahan Md Sabu....

Mungkin ini jalan yang terbaik untuk Md Sabu menuju ke syurga...di dalam PAS perjuangannya tidak diiktiraf apabila kalah jawatan no 2 parti itu...

Kesian abang Md...cakap bergegar..dia fikir penyokong PAS bersama dia..sekali kalah..kahkahkah!


Untuk keputusan Presiden :

Tg Haji Hadi Awang 928
Ust Ahmad Awang 233

Timb Presiden :
Md Sabu 279
Tn Ibrahim 881.. 

Naib Presiden :
Idris Ahmad 942
Iskandar Samad 801
Mohd Amar 778
Salehuddin 320
Mahfuz 285
Husam 267

Biarpun aku bukan penyokong PAS..setidak-tidaknya aku tidak mahu lihat umat Islam terus diperbodohkan oleh DAP...

TERKINI : Kapal Terbang Terhempas Di Gua Musang Tidak Benar!

0 comments
Maklumat diterima sebelum ini tentang kapal terbang terhempas di Gua Musang seperti di artikel INI tidak benar..berkemungkinan panggilan palsu..hasil laporan daripada anggota Gerakan IPD Gua Musang hanya kebakaran di Betau Balak (tempar longgokan balak) di kawasan Jeram Tekoh Gua Musang...

Perkara ini disahakan oleh Anggota Gerakan IPD Gua Musang...sebarkan...


TERKINI ! Kapal Terbang Dilaporkan Terhempas Di Gua Musang...

0 comments
Gambar yang diterima melalui aplikasi wasap...

Laporan awal diterima sebuah kapal terbang dikhuatiri terhempas di Gua Musang..setakat ini pihak bomba tidak mendapat sebarang maklumat kerana masih tidak menjumpai bangkai pesawat...

Angota Bomba telah tiba dilokasi lokasi dan masih belum menjumpai kapal terbang tersebut...harap berita ini hanya khabar angin..risau juga asyik berlaku nahas sahaja...sama-sama kita doakan semuanya dalam keadaan terkawal..amin...


Laporan daripada Berita Harian


KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan menerima panggilan yang mendakwa melihat sebuah pesawat dipercayai terhempas di Rantau Manis, Gua Musang.

Jurucakapnya berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.36 malam dan sepasukan pegawai serta anggota sudah bergegas ke lokasi kejadian. 

Difahamkan, hingga jam 10.30 malam tadi, bomba belum menemui sebarang objek dan operasi sedang giat dilakukan. Katanya, pihak hospital juga dikatakan dalam perjalanan ke lokasi kejadian sebagai persediaan awal.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, berkata hingga kini tiada sebarang pesawat terhempas ditemui di Gua Musang seperti yang dihebohkan orang ramai di dalam media sosial


RUJUK BERITA TERKINI DI SINI

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA