networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, June 1, 2015

Bala Fitnah #FELDA Along - Mazlan Aliman & Sebuah Syarikat Diarah Bayar Ganti Rugi RM 500,000 !!!


Seperti tidak pernah serik..makin banyak fitnah makin banyak FELDA menang saman...tahun lepas Felda menuntut ganti rugi dari Kak Wan sebanyak RM 200,000 akibat memfitnah FELDA dengan menerbitkan artikel fitnah berjudul "FELDA Bankrap" dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' boleh rujuk di SINI..

Baru-baru ini FELDA menang lagi saman..kali ini berjumlah setengah juta kerana menerbtkan buku "Felda Dulu Tolong, Sekarang Along!"..

Kenapalah beria sangat puak-puak ni memfitnah FELDA...FELDA tak usik mereka pun..masyarakat FELDA pun hidup tenteram...kerana orang-orang yang macam Mazlan Aliman inilah yang merosakkan masyarakat FELDA...bila kita tak bagi masuk kata FELDA tak hormat tetamu..bila bagi masuk bagi ceramah tabur hasutan benci kerajaan...

Jual minyak ke Israel, Felda Bankrup, Terbitkan buku Fitnah Felda Along...ini semua sengaja dilakukan untuk memberi ketakutan kepada para peneroka..maklum sahajalah Felda kini dah masuk bursa saham..bila tekanan dan fitnah diberikan secara berterusan maka dengan tidak semena-mena akan menganggu kestabilan pasaran saham FGVH.ini matlamat mereka..bila saham turun maka cananglah cakap Felda akan bankrup...penyenaraian FGV menyusahkan peneroka dan macam-macam lagilah..

Orang Melayu memang macam ini..penuh dengan hasad dengki..tak boleh lihat FELDA maju sikit...ada saja kerja kutuk nak jahanamkan imej Felda...

Baca berita di bawah untuk mengetahui lebih lanjut kes Mazlan dan penerbit disaman RM 500,000 oleh FELDA!
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman serta Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku bertajuk Felda...Dulu Tolong Sekarang Along diperintah membayar ganti rugi dan kos yang kesemuanya berjumlah RM500,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) setelah didapati memfitnah konglomerat perladangan itu. 
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam, memutuskan, kandungan buku itu adalah memfitnah sebelum memerintahkan Mazlan serta Angkatan Edaran membayar ganti rugi am dan teruk sebanyak RM350,000 kepada Felda selain RM150,000 sebagai kos guaman. 
Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, Felda selaku plaintif menamakan Mazlan, Anak dan Angkatan Edaran Enterprise sebagai defendan pertama hingga ketiga selepas menerbitkan buku tersebut pada tahun 2008 yang dijual pada harga RM10. 
Namun begitu, tindakan saman terhadap Anak telah ditarik balik oleh Felda pada 9 Mei lalu 2013. 
Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu apabila mendakwa, tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah ah long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.






1 comment:

Anonymous said...

makin bodoh pembangkang ini.sepatutnya BN buat perkara ini dah lama.fitnah saja terus saman.tapi lembek..minta maaf saja terus setle kes

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA