networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, June 2, 2015

Bas Rapid Transit Pertama Di Asia Tenggara Diperkenalkan Di Malaysia! @NajibRazak @LiowTiongLai @SPADChannel #BRTSunway


Siang tadi, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan satu lagi kemudahan pengangkutan awam baru di negara ini dan pertama di Asia Tenggara iaitu Perkhidmatan Bas Elektrik, Bas Rapid Transit (BRT). Kemudahan baru ini akan menggunakan laluan khas sepanjang 5.4 KM yang mana melalui kawasan Bandar Sunway dan USJ.

Kemudahan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 500,000 orang penduduk. Dalam ucapannya siang tadi, Najib mengumumkan bahawa pengguna akan menikmati perkhidmatan ini secara percuma selama dua bulan...

BRT ini akan melalui tujuh buah stesen disepanjang laluannya iaitu Sunway-Setia Jaya,­ Mentari, Lagoon, Sunmed, Sun U-Monash, South Quay dan USJ 7..Kemudahan pengangkutan awam ini telah menelan belanja sebanyak RM634 juta yang mana dijalankan di bawah konsep perkongsian sektor awam dan swasta melibatkan Prasarana dan Sunway Group Berhad...

Antara keistimewaan yang terdapat dalam perkhidmatan BRT ini ialah mesra orang kurang upaya (OKU) dan ianya menghubungkan pengguna ke kawasan perumahan, premis perniagaan, institusi pendidikan, hospital, pusat beli-belah, stesen Komuter serta Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan landasan khas..kemudahan lain yang terdapat dalam projek BRT ini ialah 1,153 ruang letak kenderaan, laluan pejalan kaki, sistem kamera litar tertutup, kios, lif dan kerusi roda untuk OKU.

Apa yang pentingnya di sini adalah dengan pelaksanaan perkhidmatan ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang..Ini kerana perkhidmatan ini beroperasi daripada 6 pagi hingga 12 tengah malam....

Syabas kerajaan kerana berjaya mencetuskan satu lagi projek Tranformasi Pengangkutan Awam demi rakyat Malaysia..

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam ketika majlis Perasmian Sistem BRT siang tadi :






No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA