networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, June 21, 2015

Hati-Hati Agenda Tersembunyi DAP Mempengaruhi Hati Rakyat!!!


Biarpun hubungan PAS dan DAP kini dalam keadaan dingin, ianya tidak menjejaskan kestabilan DAP dalam Pakatan Rakyat...hubungan PAS dan DAP ibarat retak menunggu belah namun belum apa-apa lagi DAP telah cuba menggantikan PAS dengan PasMa yang dilihat lebih cenderung dengan agenda kebersamaan PKR dan DAP...

PAS tidak sedar-sedar lagi yang perjuangan mereka dalam Pakatan hanya sia-sia seperti lampin pakai buang...bila dah tak ada manfaat dibuang sahaja...

Dalam hal ini Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesa kerajaan Selangor memulangkan kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan..

Menurut Liow, Pakatan sudah tidak layak mengurus negeri Selangor atas sebab mereka sering gagal mencapai kata sepakat dalam apa sahaja hal sesama mereka..

"Mereka gagal wujudkan polisi yang dipersetujui bersama untuk memerintah negara kerana negara ini ada pelbagai jenis kaum maka satu konsensi yang dipersetujui bersama diperlukan" katanya lagi...

Biarpun kita lihat hubungan PAS dan DAP semacam gantung tidak bertali namun ianya tidak akan memisahkan hubungan kedua-dua parti itu....

Tiong Lai berkata DAP sedang cuba mencipta satu lagi Pakatan baru bersama PasMa atas nama PAS yang amal kesederhanaan.

Berkaitan perkara ini, Tiong Lai menasihatkan orang ramai agar jangan sesekali diperdayakan oleh DAP, tiada kesederhanaan dalam PAS, objektif mereka tegap sama iaitu mahu mewujudkan negara Islam di Malaysia..

Tiong Lai berpendapat DAP akan sentiasa menyembunyikan hasrat mereka yang sebenar asalkan mereka dapat kuasa. DAP akan tetap bersama PAS asalkan kehendak politik mereka tercapai..

Sungguh licik permainan DAP...tengok saja ahli-ahli mereka..bulan-bulan puasa nih masing-masing nak buat-buat konon berpuasa..sanggup pakai baju Melayu lengkap bersamping..itu semua hanya untuk menarik perhatian Melayu kononnya mereka menghormati Melayu dan Islam....jika tertarik dengan Islam apa susah sangat..masuk saja Islam...




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA