networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, June 7, 2015

Johor Lancar JESP Tingkatkan Prestasi Akademik Rakyat Johor! Syabas @KhaledNordin


Program Johor Corporation Education Sponsorship Programme (JESP) melibatkan anggaran kos RM16 juta disasarkan kepada seramai 100 bakal graduan dalam bidang ekonomi, kejurute­raan, undang-undang dan perakaunan berdasarkan keperluan dan sinergi bisnes Kumpulan JCorp.

Daripada 34 peserta yg berjaya baru baru ini , 28 calon terpilih ke peringkat Asasi, Matrikulasi, A-Level dan Ijazah Sarjana Muda, manakala enam mendapat tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Apa yang Johor Corporation lakukan hari ini, adalah contoh sangat terpuji yang menjurus kepada penggilapan bakat yang kita miliki. Johor Corporation tampil dengan berani, gigih dan bersungguh-sungguh dalam ikhtiar membangunkan minda anak bangsa. Dan pelaburan Johor Corporation ini sangat besar bukan sahaja dari nilai kewangan tetapi juga dari kepentingan jangka masa panjang Johor dan Malaysia.

Saya menyimpan harapan, akan banyak lagi pihak dari sektor korporat dan industri yang tampil dan bersama-sama membangunkan sektor pendidikan kita. Bukan kerana ini adalah permintaan dan gesaan saya. inilah penzahiran semangat dan ruh sebenar Muafakat Untuk Johor yang kita pegang dan dukung.

MBJ Mohamed Khaled Nordin

1 comment:

maae said...

Terus dan lestarikan pendidikan terkawal dan professional.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA