networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, June 7, 2015

Jom Baca Apa Kata Dua Pemimpin UMNO Tentang Tindakan Tun M Naik Pentas.. #Nothing2Hide


Tindakan Tun M yang bertindak melulu naik ke atas pentas dalam program Dialog PM bersama NGO kelmarin telah mengundang banyak persepsi...ada yang bersetuju dengan tindakan liar Tun M biarpun program tersebut bukan program yang mengkehendaki Tun M bercakap..dan ada juga hairan dengan tindakan negarawan itu yang merosakkan program yang dirancang menjadi Dialog Mengkritik PM...

Sebagai orang beragama Islam dan berbangsa Melayu..sebagai tetamu kita kena hormati majlis orang lain..merosakkan majlis orang lain tidak diajar dalam Islam dan bercanggah sekali dengan budaya Melayu kita...sajak Tun M "Melayu Mudah Lupa" kini menjadi realiti apabila dia sendiri telah lupa yang majlis tersebut bukan majlisnya...barangkali Tun M tidak tahu program yang dihadiri itu adalah Dialog PM bersama NGO dan bukannya Dialog Kritik PM...

Sudahlah naik ke atas pentas yang bukan majlisnya...bila bercakap pula tu mencemarkan maruah Perdana Menteri..sungguh kurang hajar tindakan Tun M.ketika dizamannya rasanya jika ada orang yang berani mengkritik secara terbuka sudah lama disisihkan..golongan fanatik Tun M pastinya menghalalkan apa sahaja yang dilakukan olehnya...merosakkan majlis orang lain pun dipersetujui oleh ahli fanatik Tun M....

Semakin berusia semakin pelik perangai Tun M..apa yang dia hendak sebenarnya?menyelesaikan masalah ataupun menjatuhkan Najib?apa yang kita lihat tindakan Tun M hanyalah mahu menjatuhkan Najib dan jauh sekali untuk menyelesaikan masalah...Islam sendiri mendidik umatnya menjaga aib orang lain..

Bercakap tentang tindakan Tun M ini, saya ingin kongsikan pendapat dua pemimpin UMNO, Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid dan Tan Sri Anuar Musa yang dipetik daripada laman BNBBC

Datuk Ehsanuddin : “Ni majlis PM, tiba-tiba jadi majlis Tun, bagi saya kurang manis, kalau majlis kahwin ramai-ramai datang jadi Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid majlis perdebatan, ni ke nak tunjuk dekat anak-anak?

“Kalau nak betulkan, buat dengan cara betul, ini tidak, dan pada saya ini sangat malang, sebab kedua-dua pemimpin itu saya sanjung,”

“Kalau niat dia baik nak betulkan, tapi cara nak melaksanakan tu salah, ia akan jadi salah jugak,” 

Menurutnya, pentas tersebut disediakan untuk Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi menjawab segala persoalan yang dikemukakan aktivis dan NGO.

Datuk Ehsan meluahkan perasaannya yang agak terkilan kerana tindakan Dr Mahathir itu hanya sekadar ingin melepaskan perasaannya di khalayak ramai dan bukan untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui perbincangan.

Tan Sri Anuar Musa : “Kerajaan sedia nak jawab tapi penganjur kena uruskanlah betul-betul, saya ni datang sebab nak dengar, saya nak tanya sendiri.

“Tapi bila dah jadi macam ni, memang pihak keselamatan ada hak untuk membatalkan program serta merta,”

Tan Sri Anuar Musa pula kecewa dengan pihak pengurusan program, SukaGuam yang tegasnya harus lebih bersedia untuk mengawal tahap keselamatan dengan lebih ketat agar insiden sebegini dapat ditangani sebaik mungkin...

Kedua-dua pemimpin ini lebih rasional berbanding golongan fanatik Tun M...mungkin agaknya terlalu emosi sampai lupa program tersebut telah dirancang untuk PM menjawab segala tuduhan dan bukannya dibuat khas untuk Tun M...

11 comments:

Anonymous said...

Dia naik berucap adalah secara beradap. Minta kebenaran daripada penganjur majlis terlebih dahulu, itu pun selepas 2 jam PAHLAWAN BUGIS tidak nampak batang hidung. Janganlah memburukkan orang lain kerana nak membodek PAHLAWAN BUGIS yang tak ade telo!

Anonymous said...

Memang benar...najib dan sekutunya Adalah Pihak Yang Benar dan mahathir adalah pihak yang salah

Maka dengan ini sokonglah najib sehingga keakhir hayat umno dalam jangkamasa kurang 36 bulan. Sokong....janfan tak sokong.

Hidup najib....hidup 1MDB
Hidup bn dalam 36 bulan akan datang
Hidup umno selama 36 bulan akan datang

WE LOVE PM 36 BULAN
WE LOVE BN 36 BULAN
WE LOVE UMNO 36 BULAN

Selamat Tinggal Malaysia, Darah Tumpahku



Anonymous said...

Dahlah Tun M buat tuduhan tapi tak ada bukti. Bila bukti ditunjuk blogger pro Tun M sibuk spin dan putarbelit. Nampak sangat mereka tak ikhlas main isu. Hanya nak turunkan PM sewenang2 untuk taukeh IPP.

Anonymous said...

Sukaguam pro madey pandi kutty.sebelum program mereka adakan pertemuan dengan kelab che det.kejadah apa ni?

#KekalNajib #StopItTunM

Labu8455 said...

Kalau teringin sangat pun nak jadi anjing suruhan Najib biarlah berkata dengan fakta dan bukan tuduhan auta. Kenapa takut sangat nak mengaku yang pahlawan bugis yang ko orang agong agong dan cuba pertahankan itu sebenarnya memang tak ada teloq dan takut untuk menghadapi kebenaran.

Anonymous said...

Salam... saya rasa info ini satu fitnah.... saya dengar sendiri Dr M dijemput beri ucapan oleh pengacara majlis apabila Perdana menteri tah jadi hadir... dia tak melulu naik pentas tanpa adap seperti yang di dakwa... hentikan fitnah orang.... jika hendak hebahkan berita, selidik fakta dulu

Anonymous said...

Dia Pro najib lah..cuba tengok cara dia backup najib dalam dialog dengan rafizi.. Le pastu dia kawan baik dengan lokman adam..sekali kena checkmate dengan Tun M..Tun M datang semua x berani dah nak mengaku jemput Tun M..KALAU X JEMPUT KENAPA KERUSI TUN DAN DISEDIAKAN???

Anonymous said...

Dia naik pentas sbb dia memang nak..sbb tu pengsnjur akur.

Anonymous said...

Orang tua meroyan sebab IPP milik kroni dia semua dipaksa jual kepada 1MDB. Dulu dia yang rancang black-out seluruh negara untuk tubuhkan IPP. IPP menjual tenaga dengan harga yang tinggi kepada TNB. Tan Sri Ani Arope tidak bersetuju lalu letak jawatan. Kawan saya mendapat bonus 18 bulan semasa kerja dengan IPP. Bayangkan berapa keuntungan yang IPP dapat dengan mencekik darah rakyat. Sudah tentulah komisyen untuk Madey, anak2 and the gang berkoyan-koyan.

Lepas tu dia minta pulak RM2 billion untuk bailout Proton kononnya untuk R&D. DS Najib tak bersetuju. Sebagai Pengerusi Proton kalau dia(Madey) genius sangat pulihkanlah Proton. Dulu Proton maju sebab cukai import kereta tinggi. Macam tu lah cara dia nak tunjuk hebat. Nak tunjuk hebat tapi pelekoh rakyat. Lain dulu lain sekarang Madey, you have to compete in order to win. Kenapa Perodua berjaya tapi tidak Proton. Maknanya kau pun Madey bukanlah pandai sangat.

PRU 14. Masa tu kerajaan sudah kaya kerana GST. Peniaga tidak boleh lari dari cukai lagi. Begitu juga Madey pun susah nak dapat komisyen (black money) lagi kerana ianya akan dapat dikesan dengan sistem GST yang lebih efficient. Wang-wang haram tidak boleh mengalir keluar dari negara lagi. Malaysia menjadi negara maju. Gaji kakitangan kerajaan dinaikkan 25%. Cukai korporat diturunkan untuk bersaing dengan negara lain bagi mendapatkan FDI (Foreign Direct Investment). Banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Cukai pendapatan turun untuk bantu golongan pertengahan. BRIM naik dua kali ganda. Baru-baru ini bapa dan adik2 saya tersenyum lebar kerana menerima surat duit BRIM mereka sudah masuk account.

Madey akan hapuskan BRIM. Dia tak kan bagi duit kat orang susah. Sudah tentu BN akan kalah kerana sebahagian besar penyokong kerajaan adalah penerima BRIM. Selain dari BRIM kerajaan juga ada banyak sediakan modal untuk orang yang mahu berniaga melalui TEKUN dsbg. Jadi soal lebih baik bagi joran dari bagi ikan tidak timbul. In fact Kerajaan bagi kedua-dua sekali. Sapa yang mahu berniaga boleh berniaga. Sapa yang mau makan gaji boleh makan gaji.

Kesimpulannya BN akan menang pada PRU 14. Jangan termakan hasutan Mamak Celaka yang ingin merosakkan negara.

Anonymous said...

1:43 kamu telah memberi komen yang rasional.Mahathir mencapai kejayaan dengan sikapnya yang menyimpan demdam.Dia mengharap setiap apa yang dilakukanya disokong oleh orang lain.

Jika dia rasa dia tidak mendapat sokongan dia akan bersendiwara meruntun simpati. Dia suka perli dan sindir orang yang tak sebulu dengannya.

Kelemahamnya dia tidak berdaya menerima kritikan orang lain lebih-lebih lagi orang UMNO sendiri. Anwar tahu sangat perangai Mahathir dan kelemahannya. Mahathir terpedaya dengan lakonan Anwar selama 16 tahun.Tapi Anwar pula seorang yang gelojoh.

Mahthir perlu mehukum Anwar kerana mempermaikannya selama 16 tahun. Akibat kesilapan besar yang Mahathir lakukan Pak Lah dan najib yang dimaki hamun oleh pecacai2 Anwar. Apa Mahatjir buat ketika pecacai Anwar merusuh di jalanan memaki hamun kerajaan Najib.

Actually Tun Mahathir you are a failure, doubt you are a statesmen.
You sudah lupa! bahawa manusia bila menjangkau usia kamu perlu banyak mengingati Allah swt dari terus menikmati dunia tidak ramai manusia dianugerah Allah swt umur yang panjang.

Sebenarnya kamu belum tentu dipihak yang benar.Janganlah diakhir perjalanan hidup kami menjadi sia-sia walaupun banyak yang telah kamu lakukan untuk rakyat dan negara.

Anonymous said...

Admin...anda kena betulkan statement anda.Kita lihat dan kita dengar dan kita faham.
Jadi statement anda tak berapa kena.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA