networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, June 2, 2015

Kaum Wanita Johor Kini Terbela Dengan Tertubuhnya Pusat Bantuan Wanita & Penasihat Undang-Undang (LAWA) @MCAHQ - Syabas MCA JOHOR!


Wanita kaum yang lemah dan perlu mendapat pembelaan dan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab..penderaan, penceraian, keretakan rumah tangga, pengabaian kasih sayang dan ada yang terlibat dengan sindiket pemerdagangan orang..

Melihat akan peripentingnya membela golongan ini, Wanita MCA negeri Johor telah menubuhkan sebuah Pusat Bantuan Wanita dan Penasihat Undang-Undang (LAWA). LAWA ini bukan perkara baru, ianya telah mula dirasmikan oleh MCA Pusat pada tahun lepas..di Johor telah mula bertapak yang mana untuk permulaan ini, skuad LAWA ini telah mula beroperasi di Johor Selatan melibatkan Gelang Patah, Pasir Gudang, Kulaijaya, Tebrau, Batu Pahat, Johor Bahru, Pulai dan Pengerang.

Menurut Timbalan Pengerusi LAWA negeri, Chang Mei Kee “Penubuhan Lawa ini dilihat dapat membantu dan panduan golongan wanita mendapatkan khidmat nasihat guaman mengikut masalah masing-masing.

“Jadi, berdasarkan pengalaman tersebut kita di peringkat negeri turut melakukan perkara yang sama dan buat permulaan Lawa bertumpu untuk kawasan Johor Selatan sebelum turut dilaksanakan di kawasan Johor Tengah dan Johor Utara,”

LAWA ini berperanan untuk memberi khidmat nasihat secara percuma kepada wanita yang menghadapi masalah dan permasalahan ini akan dipanjangkan kepada agense yang berkaitan. Pasti ada yang tertanya-tanya adakah LAWA ini dikhaskan untuk membantu wanita berbangsa Cina sahaja?

Jawapannya tidak..LAWA merupakan agen atau pihak tengah yang membantu menyelesaikan masalah wanita secara percuma...Sebarang masalah melibatkan masalah rumah tangga akan diberi nasihat dan akan dipanjangkan kepada pihak polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat..

Mei Kei menjelaskan bahawa sekiranya sesuatu kes memerlukan perlantikan peguam, “Jika perlu untuk perlantikan peguam, kita akan turut bantu mereka. Ini adalah khidmat sosial Wanita MCA untuk membantu golongan yang tidak tahu merujuk permasalahan mereka kepada pihak yang tertentu sebagai membela nasib golongan ini,” katanya.

Usaha ini merupakan satu cara terbaik dilakukan Wanita MCA untuk membela kaum wanita...ini beza Wanita MCA dan Perempuan DAP..MCA membantu rakyat..Perempuan DAP hanya daftarkan undi dan hasut benci BN sahaja...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA