networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, June 6, 2015

Koperasi PKS Cina Terima Dana Bantuan RM 50 Juta.. @NajibRazak @LiowTiongLai @WeeKaSiongMP


Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) menerima dana bantuan sebanyak RM 50 Juta daripada kerajaan untuk membantu Usahawan PKS masyarakat Cina dari segi modal tambahan, pusingan, pembelian aset atau peralatan dan pembiayaan projek.

Pemilihan KOJADI sebagai agen tengah menyalurkan bantuan bagi membantu masyarakat Cina mengembangkan Perniagaan Kecil Sederhana amat bersesuaian..ini kerana KOJADI telah diisytiharkan dengan taraf lima bintang oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 2014, menduduki tempat ke-59 dalam kalanhan koperasi masyarakat terbaik dan berada di tangga ke-20 terbaik dari segi aset atau perolehan...

Perdana Menteri, DS Najib Razak berkata, kerajaan mengalu-alukan peranan yang ingin dimainkan MCA dan skim pembiayaan itu lahir daripada kehendak parti tersebut yang komited mahu melihat golongan usahawan dan PKS khususnya dalam kalangan masyarakat Cina terus berkembang...

Semua ini merupakan inisiatif MCA sejak 1981 lagi dengan tujuan mahu membantu masyarakat Cina terus maju dalam bidang perniagaan...pastinya usaha ini tidak sia-sia kerana kita sedia maklum bahawa orang Cina pandai dalam selok belok perniagaan..cumanya ada yang kekurangan modal..jadi penyelesaianya KOJADI akan menggunakan dana yang diterima sebanyak RM 50,000,000 untuk membantu usahawan PKS Cina...

Menurut Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, jumlah pembiayaan yang disalurkan antara RM 50,000 dan RM 250,000 dengan kadar faedah serendah 4%...

Syabas MCA atas inisiatif ini...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA