networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, June 3, 2015

Mahasiswa Anak #FELDA Dapat Diskaun 30% Bayaran Pinjaman PTPTN..Beruntung Sungguh Jadi Anak FELDA!


Semua anak FELDA yang mendapat pinjaman PTPTN mulai 1 Januari 2014 (tarikh surat tawaran PTPTN) di universiti terpilih akan menikmati pemotongan diskaun sebanyak 30% daripada jumlah pinjaman yang diterima sepanjang tempoh pengajian sekiranya berjaya menamatkan pengajian...

Bagi menjelaskan universiti tersebut boleh rujuk grafik Lampiran 1 di bawah :


Pengecualian diskaun ini diberikan kepada anak FELDA merupakan satu inisiatif FELDA dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka. Sebelum diskaun 30% ini diumumkan, Jemaah Menteri pada 5 September 2012 telah bersetuju menanggung sebahagian daripada kos pengajian anak-anak warga FELDA melalui surat bertarikh 13 Mac 2014 telah bersetuju untuk menanggung 30% daripada keseluruhan pinjaman PTPTN anak Felda yang berjaya menamatkan pengajian...

Banyak betul sumbangan FELDA untuk masyarakat FELDA..bayangkan seorang anak FELDA melanjutkan pengajian di peringkat Diploma meminjam lebih kurang RM 13,000...untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda pula tak kurang RM 20,000..jika dijumlah seorang mahasiswa Anak FELDA telah meminjam sebanyak RM 33,000...dan 30% daripada jumlah itu adalah sebanyak RM 9,900 telah ditanggung oleh FELDA...

Ini pun masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab mengatakan FELDA ini along dan bangkrup...dari dulu lagi kita telah dengar yang FELDA difitnah akan bankrup..masakan sebuah organisasi yang akan bankrup mampu melakukan semua ini khususnya menanggung 30% jumlah pinjaman khas untuk anak FELDA...

Bagi yang ingin mengetahui bagaimana permohonan proses pengurangan 30% PTPTN boleh rujuk Lampiran 2 seperti di gambar bawah :




Bawah ini pula adalah borang permohonan pengurangan 30% bayaran PTPTN khas untuk anak FELDA..rujuk gambar Lampiran 4 seperti di bawah :



Surat permohonan pembayaran 30% ini boleh dihantar ke alamat di seperti tertera di Lampiran 3 di bawah :


Dahulu zaman atuk nenek mereka, Kerajaan buat tanah tanaman kelapa sawit berkelompok untuk diteroka...zaman sekarang FELDA sudah maju..mengembangkan sayapnya ke seluruh dunia melalui FGVH..kini FELDA buat bandar FELDA..bina rumah generasi kedua..belajar ditaja dan PTPTN ditanggung FELDA sebanyak 30%...

Diharapkan semua warga keturunan FELDA percayalah kepada institusi ini dan jangan sesekali termakan hasutan pembangkang yang hanya mahu memecah belahkan warga peneroka yang tak lain tak bukan hanya bermotifkan politik semata-mata...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA