networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, June 20, 2015

#MH370 - Malaysia Telah Belanja Lebih RM 174 Juta Dalam Misi SAR - Tiong Lai...@NajibRazak @MCAHQ


Setakat ini, Malaysia telah membelanjakan lebih AUD$60 Juta atau RM 174 Juta dalam menjalankan misi mencari dan menyelamat pesawat malang MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu...

Sehingga kini, tiada tanda-tanda kapal tersebut akan dijumpai, namun Malaysia masih lagi terus mengharap agar ada sesuatu berita positif tentang pesawat tersebut..

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia akan teruskan misi pencarian yang mana akan menambah lagi zon pencarian kepada 60,000 kilometer persegi..

Usaha ini telah mendapat persetujuan tiga negara Malaysia, Australia dan China...

Menurut Tiong Lai, "Pasukan mencari dan menyelamat beberapa minggu hadapan akan memberi tumpuan di selatan kawasan pencarian sebelum cuaca buruk dijangka berlaku semasa musim sejuk.

"Pasukan mencari dan menyelamat menghadapi rintangan yang sukar ketika operasi dimana ketika ini mereka berada di kawasan terpencil yang mempunyai ombak dan keadaan cuaca yang buruk yang mempunyai kedalaman 6,000 meter. Ketinggian ombak juga pernah mencatatkan ketinggian sehingga 15 hingg 18 meter.

Kita lihat saja usaha yang dilakukan negara Malaysia, tanpa pernah rasa mengalah kita tetap mencari walaupun tiada tanda-tanda pesawat malang itu dijumpai...itu pun masih ada pihak tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan kita jadi boneka Amerika...

Jika ini benar terjadi buat apa kita hendak membazir duit rakyat ratusan juta ringgit...hendak bercakap memang senang..tapi yang memikirkan masalah ini seperti menteri Pengangkutan, beliau tetap menaruh harapan suatu masa nanti pesawat malang tersebut akan ditemui...

Teruskan berdoa...Pray For MH370....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA