networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, June 1, 2015

Minyak Naik 10 Sen Bermula 1 Jun 2015


Harga minyak naik 10 sen seliter bermula hari ini...ramai anrara kita pastinya merungut dengan pengumuman ini...tiada sapa suka bila harga minyak naik...rakyat luar negara pun marah bila kerajaan umumkan kenaikan harga minyak...

Apa boleh buat sudah jadi adat bila menggunakan minyak..pasti ada naik..ada turun...harga hartanah pun setiap tahun naik...tapi kita tidak rasa merungut sepertimana kenaikan minyak..sebabnya mind set kita..biarpun harga makin melambung..kita berebut-rebut untuk memiliki aset hartanah untuk elakkan harga lebih tinggi untuk masa akan datang...

Untuk harga minyak pula apa kaedah kita untuk menyerap tekanan harga minyak naik?jawapannya kurangkan menggunakan kenderaan bermotor...gunakan kenderaan awam atau pun kenderaan cc rendah yang jimat minyak...

Mana-mana kerajaan pun akan buat benda yang sama untuk tampung kenaikan harga minyak...bawah ini ceritanya...


Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Harga minyak sejak Disember lepas telah ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal yang mana tiada lagi subsidi bagi RON95 dan RON97 memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Sejak mekanisme itu dilaksanakan, harga minyak telah berubah sama ada meningkat dan menurun dari satu bulan ke satu bulan berikutnya.
   
Menerusi sistem itu, kerajaan akan mengira harga purata bagi bulan tertentu dan menetapkan harga untuk bulan berikutannya. Langkah pengapungan terkawal harga minyak itu diambil oleh kerajaan kerana harga minyak mentah dunia telah menurun ke paras yang mana subsidi tidak diperlukan.

Pemansuhan subsidi pukal minyak itu akan mengelakkan negara kerugian berbilion ringgit akibat aktiviti penyeludupan dan pembelian minyak oleh warga asing yang tidak layak menerima subsidi ditanggung pembayar cukai.
   
Mekanisme pengapungan terkawal ini juga dijangka akan membawa penjimatan yang besar kepada kerajaan, dan penjimatan ini bakal disalurkan semula kepada rakyat Malaysia. - Bernama

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA