networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, June 1, 2015

Nik Abduh Pening Lalat Mahu Menentang Pelaksanaan Hudud Di Malaysia?


Macam tak percaya bila pemimpin PAS yang juga anak Arwah Nik Aziz menyatakan tentangan hebat untuk melaksanakan Hudud di Malaysia jikalau mahu dilaksanakan..dia kata akan menjadi orang pertama menentang jika Malaysia mahu laksanakan Hudud...

Berbeza dengan di Kelantan..katanya Kelantan sudah bersedia..habis tu selama ini yang PAS dok canangkan BN Kapir sebab tolak hudud kejadah haram apa pula?bukankah menjadi tanggungjawab PAS menyokong Hudud dilaksanakan di Malaysia..

Atau ada agenda tersembunyi mahu membela kepentingan bersama DAP..jawablah diakhirat nanti! baca berita di bawah :
Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan hudud di Malaysia dalam masa terdekat, Nik Abduh Nik Aziz menjadi orang pertama tidak bersetuju.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu berbuat demikian, ia bukan masa sesuai.

"Jika di Parlimen, YAB Pekan kata mahu laksanakan hudud di Malaysia pada tahun 2016, saya orang pertama bangun menentang," ujarnya pada Forum Israk Mikraj Menyingkap Keadilan Perundangan Islam di Masjid Al Azim, Pandan Indah malam tadi.

Menurut anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, PM tidak wajar melaksanakan hudud kerana masih banyak soal maqasid syariah, masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang perlu diselesaikan.
[Baca Selanjutnya di SINI]
HE : Selama ini BN cakap negara kita belum bersedia depa kata kita Kapir...ini belum memerintah PAS awal-awal lagi cakap perkara yang sama...jadi mereka pun Kapir jugalah...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA