networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, June 5, 2015

Rafizi Dakwa Tuduhan Naikkan Harga Minyak Boleh Beli Banyak Cincin Berlian Rosmah Hanya Berseloroh..Dah Kantoi Kata Gurau!


Lawan terus saman saja Najib....kes fitnah harga minyak naik untuk beli lebih banyak cincin Rosmah...alasan rafizi hanya bergurau memang tak masuk akal...sampai fitnah menjadi kepercayaan itu dikatakan bergurau...

Tony pua pula pertikaikan kredibiliti Najib untuk saman kerana memegang jawatan PM.Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen bagi mrmbela tuduhan menenai 1MDB...katanya Najib perlu terima kritikan...sedapnya ayat...kritikan dan fitnah pun tak tahu beza ker?

Jadi kalau begitu apakah orang menjawat jawatan sebagai PM, Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen langsung tidak boleh terlibat dengan kes saman fitnah?kalau macam tu makin lemaklah pembangkang..dah fitnah macam-macam..bagi alasan hanya jenaka...ikuti laporan penuh dari TMI :

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang sedang berdepan saman fitnah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kerana ulasan berkaitan harga bahan api yang bakal berlaku pada sebuah forum, mempertahankan kenyataannya, mengatakan ia dibuat secara berseloroh.

Dalam pembelaannya terhadap saman itu, Rafizi berkata perdana menteri dan Rosmah tidak boleh menganggap kenyataannya sebagai fitnah tetapi berseloroh.

"Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul. Ia tidak mengandungi fitnah," kata setiausaha agung PKR itu dalam satu dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, sambil menambah ia dibuat ‘secara berseloroh’.


Dalam kenyataan itu, Rafizi berkata harga bahan api yang semakin meningkat akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian.

Rafizi, yang juga naib presiden PKR, juga bergantung kepada pembelaan ulasan wajar dan perlindungan bersyarat untuk saman itu ditolak.

Perkara ini ditetapkan bagi pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman pada 26 Jun.

Sementara itu, peguam yang sudah biasa mengendalikan saman fitnah, tidak menolak kemungkinan peguam mewakili Najib dan Rosmah bagi membatalkan pembelaan Rafizi, apa yang diperkatakannya tidak lebih daripada kata-kata lucu.

Saman terhadap Rafizi difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Mac oleh Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, peguam mewakili Najib dan Rosmah.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah Chan Chee Kong, pemilik portal Mediarakyat.

Dalam pernyataan tuntutan, pasangan itu berkata Rafizi mengucapkan kata-kata fitnah berkaitan kenaikan harga bahan api pada forum di Bandar Tun Razak pada 22 November, 2014.

Najib dan Rosmah berkata ucapan Rafizi dalam video bertajuk "Kenapa kita pertahan subsidi minyak" yang dirakam Mediarakyat, dan Chan atau pembantunya memuat naik di YouTube bagi akses seluruh dunia.

Video ini juga terdapat di laman Facebook Rafizi.

Najib dan Rosmah berkata ucapan Rafizi, yang diterbitkan semula dalam video, jelas bertujuan memfitnah mereka.

Mereka berkata, Chan juga gagal berpegang kepada prinsip kewartawanan yang bertanggungjawab kerana gagal mengesahkan dakwaan sebelum video dibenarkan untuk kegunaan awam.

"Semua defendan tahu sebarang penerbitan akan membawa kerosakan tidak boleh diperbaiki kepada kami dan menjatuhkan reputasi kami dalam pemikiran orang ramai," kenyataan dalam tuntutan itu.

Najib dan Rosmah menuntut ganti rugi yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan permohonan maaf secara terbuka disiarkan dalam akhbar dan majalah.

Mereka juga menuntut Chan mengeluarkan video daripada YouTube, Mediarakyat dan Facebook.

Najib juga memfailkan saman yang sama terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua terhadap komen itu yang didakwa dibuat kepada dana pelaburan strategik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tony memfailkan pembelaannya, memetik antara lain, sebagai ahli Parlimen beliau mempunyai tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membangkitkan isu kepentingan awam.

Ketua publisiti kebangsaan DAP itu berkata, orang ramai mempunyai hak menerima maklumat mengenai isu yang memberi kesan kepada mereka dan semua fakta sudah disahkan sebelum ia didedahkan kepada domain awam.

Pua juga mempersoalkan kedudukan Najib memfailkan saman itu kerana beliau juga adalah ahli Parlimen Pekan, perdana menteri dan menteri kewangan.

"Kelakuan beliau harus tertakluk kepada kritikan apabila memegang jawatan awam," kata Pua.

Najib juga memfailkan saman terhadap Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya yang berkaitan dengan artikel ditulis Rosli pada 19 Februari bertajuk “Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz? (Bhg 2)”.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa penerbitan artikel itu mencemarkan maruahnya dan menyebabkan beliau dikutuk media sosial dan media massa.

Najib juga mendakwa Taufek gagal mengamalkan kewartawanan dengan bertanggungjawab apabila tidak mengesahkan kesahihan artikel sebelum menerbitkannya.

Kritikan memuncak terhadap Najib berhubung 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 dan mencatatkan hutang sehingga RM42 bilion.

Najib berada di bawah tekanan ahli politik pembangkang dan bekas pemimpin Umno, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan anti rasuah yang menuntut siasatan menyeluruh terhadap dana itu. Dr Mahathir juga menuntut Najib berundur terhadap skandal 1MDB itu.

Najib bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan berundur dan akan sebenarnya berjuang lebih kuat, memberitahu orang ramai di Sarawak semalam agar tidak memandang rendah kepadanya.

Berucap pada perhimpunan yang diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching semalam, perdana menteri berkata beliau mempunyai "semangat pahlawan" dan akan bekerja lebih keras, berjanji menyelesaikan semua masalah dihadapi negara ini, termasuk hutang 1MDB. – 5 Jun, 2015.

1 comment:

Anonymous said...

Saya berharap sangat biar PM Najib dan Isteri tetap istiqamah untuk saman Rafizi.bila dah kantoi baru cakap berguraulah,berjenakalah,HOI Rafizi kau ingat kau tu pelawak ke ?kau tu ada title YB Parlimen Pandan so setiap apa yang keluar dari mulut kau tu adalah kenyataan bukan melawak.Padan muka kau,mulut kau tu kalau tak FITNAH bukan Rafizilah namanya.Semoga Allah membalas perbuatan kau yang suka menfitnah .Amin

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA