networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, June 9, 2015

Satu Lagi Kemajuan Pengangkutan Awam @SPADChannel !20 Bas #GoKL Lengkap Internet WiFi, Tempat Kerusi Roda Dan Mesra OKU Janji Keselesaan Warga Ibu Kota! #GoKLNow


Industri pengangkutan awam di Malaysia kini sedang dalam landasan yang betul dalam usaha kita meneroka alaf baru 2020 yang hanya 5 tahun sahaja lagi..

Baru-baru ini 20 buah bas Go KL telah dilancarkan oleh SPAD..pelancaran 20 biji bas ini bukan saja-saja..tujuannya untuk memastikan pengangkutan awam yang selesa pada masa puncak..

Bas GoKL ini akan menggantikan bas yang telah beroperasi sepanjang laluan Biru dan Merah sejak 1 Mein2015..

Apa yang istimewanya bas GoKL ni?
Bas ini dilengkapi dengan internet WiFi, tempat kerusi roda, ‘ramp’ dan lantai rendah bagi kemudahan warga emas dan OKU. Bas GoKL ini telah mematuhi piawai NGC EURO 5 yang mana mampu menampung kapasiti penumpang seramai 65 orang...bagi memastikan tahap keselamatan penumpang, setiap bas mempunyai 4 CCTV setiap bas...Dalam bas GoKL ini juga terdapat sistem audio untuk mengumumkan setiap hentian...dah macam naik LRT pula...ianya turut dilengkapi dengan sistem penjejak GPS...

Sejak Bila Bas GoKL diperkenalkan?
Perkhidmatan Bas Go KL ini telah diperkenalka sejak 2012 dengan laluan (hijau dan ungu) yang mana telah beroperasi sepanjang laluan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni-Bukit Bintang. Ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan laluan Biru dan Merah pada 2014. Perkhidmatan laluan Merah adalah darinTerminal Bas Jalan Tun Razak ke KL Sentral dN mempunyai 21 hentian. Sementara laluan Biru bermul dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang dan mempunyai 20 hentian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal,"Setakat ini, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melabif RM 28.4 juta bagi oengoperasian perkhidmatan bas Go KL. Perkhidmatan bas Go KL ini ditawarkan secara percuma sebagai alternatif berdaya maju dan ekonomi bagi kegunaan warga kerja, membeli belah, pelajar dan juga pelancong di dalam kawasan perniagaan pusat, Dianggafkan 27,000 penumpang menggunakan perkhidmatan harian Go KL dan dengan 20 nas baharu ini, SPAD mengharapkan jumlah oenumoang akan terus meningkat"

Bersempena mempromosikan perkhidmatan Bas Go KL ini, SPAD telah menganjurkan peraduan #GoKLNow bagi menggalakkan kesedaran untuk menggunakan bas percuma ini...

Maklumat tambahan mengenai peraduan (dari 1 Jun sehingga 26 Jun 2015) tersebut boleh didapati di laman Facebook SPAD (facebook.com/SPAD.my).

Bermacam-macam cara SPAD lakukan untuk meringankan beban rakyat..dengan Bas Elektrik Rapid Transit...kini bas Go KL pula..dalam perancangan SPAD mahu buat keretapi laju...cuma kita sahaja sedar atau tidak kewujudan kemudahan pengangkutan awam ini...syabas SPAD atas satu lagi usaha meningkatkan jaringan kemudahan pengangkutan awam darat!

Berikut adalah beberapa keping gambar BAS GoKL...
            






No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA