networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, June 1, 2015

SPAD Arah KTMB Buat Permohonan Semula Operasi Separa Gemas - Gua Musang.. @SPADChannel


Bagi memastikan keselamatan dan persediaan dibuat dengan rapi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengarahkan KTMB untuk membuat permohonan semula bagi membuka separa landasan Gemas - Gua Musang sebagaimana tertakluk dalam peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010...

Terdahulu pihak KTMB telah mengemukan perancangan pengoperasian semula perkhidmatan tren Gemas - Gua Musang serta Kemubu - Bukit Abu yang mana cadangan KTMB akan memulakan operasi pertengahan bulan Julai 2015 sebaik sahaja kerja-kerja pemulihan sementara landasan siap..

Hasil daripada cadangan KTMB ini, SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan secara terperinci pada 21 Mei 2015. KTMB telah membentangkan kepada pihak SPAD pada 25 Mei 2015 kerja-kerja baikpulih dengan memberi fokus kepada pemulihan sementara landasan di antara Gemas - Gua Musang dan Kemubu  - Bukit Abu.

Apa yang dicadangkan KTMB ialah, pihak itu mahu memulakan operasi secara separa sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap dengan jaminan langkah-langkah kawalan yang ketat jadi keutamaan..dipihak SPAD pula mereka mahukan KTMB membuat permohonan semula bagi membuka separa landasan Gemas - Gua Musang yang memenuhi peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010...

Sebagai sebuah operator yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren. Tujuannya bagi memastikan operator yang dilantik perlu memegang akaunabiliti bagi mempastikan perkhidmatan mereka berkualiti dan selamat...

Di bawah ini kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPAD tentang operasi KTMB Gemas - Gua Musang..


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA