networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, June 18, 2015

Syabas Tan Sri Syed Hamid Albar Atas Pelanjutan Kontrak Pengerusi SPAD... @NajibRazak @SpadChannel


Perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid Akbar selaku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilanjutkan dua tahun lagi berkuatkuasa 4 Jun lalu..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPAD, "Pelanjutan perkhidmatan Tan Sri Syed bakal memberi lebih masa kepada beliau untuk meneruskan reformasi penambahbaikan standard sistem pengangkutan awam darat di negara ini"

Ini merupakan pelanjutan kontrak Tan Sri Syed yang kedua sejak ianya ditubuhkan pada 3 Jun 2010..

Sejak SPAD ditubuhkan, bermacam-macam transformasi telah dilakukan..baru-baru SPAD melancarkan Bas Rapid Transit yang pertama di Asia Tenggara...tujuannya untuk menampung permintaan perkhidmatan disamping dapat mengurangkan masalah kesesakan apabila rakyat mahu menggunakan perkhidmatan LRT terutamanya pada waktu puncak...untuk artikel ini boleh rujuk di SINI..

Selain memajukan infrastruktur berkaitan pengangkutan awam, SPAD turut menjaga kebajikan pemandu-pemandu pengangkutan awam sejajar dengan kehendak semasa...buktinya, pada tahun ini SPAD telah menaikkan kadar tambang teksi sepertimana yang dikehendaki persatuan-persatuan teksi di Malaysia...biarpun mendapat reaksi pelbagai daripada rakyat, SPAD tetap meneruskan atas kapasiti menjaga kebajikan pemandu...

Bukan mudah tugas dan peranan SPAD...menjaga kebajikan pengguna, pemandu dan kemajuan pengangkutan awam..malah, SPAD turut menggariskan akta dan peraturan untuk dipatuhi semua pemandu pengangkutan awam...

Diharapkan dengan pelanjutan kontrak Tan Sri Syed ini dapat meneruskan agenda mentransformasikan pengangkutan awam negara ke tahap lebih baik...Kami dari sidang redaksi Blog HE mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Syed atas pelanjutan kontrak ini..

Untuk rekod, Tan Sri Syed Hamid sebelum ini merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi sejak 1990 hingga 2013 dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam kabinet sehingga tahun 2009..




2 comments:

Anonymous said...

Memang SPAD sekarang ini antara jabatan yang TERBAIK!!

2 Kali saya talipon nombor SPAD. Satu sebab pemandu bas express merbahaya dan satu lagi untuk pemandu lori.

Kedua2 kali panggilan saya dijawab ( tidak seperti jabatan2 yang membiarkan talipon berdering tanpa dijawab!) dan saya mendapat layanan yang baik. Kedua2 keterangan saya diambil, termasuk details bas dan lori tersebut.
Saya menerima email "follow-up" mengenai langkah2 yang diambil SPAD terhadap pemandu2 lori dan bas tersebut dan juga syarikat bas tersebut ( yang mengguna laluan berlainan daripada yang sepatutnya dan memandu dengan laju)

Standard SPAD amat membanggakan. Kalau lebih banyak tindakan2 diambil keatas pemandu2 bas dan lori yang membahayakan pengguna jalanraya, mungkin kita dapat mengurangkan angka kemalangan/kematian.
Tiap kali ada kematian, 90% mesti ada berkait dengan lori/bas. Sesetengah pemandu teksi pun sama jugak!
Kita boleh membantu dengan membuat panggilan kepada SPAD. Saya dah save nombor diorang dalam phone...SPAD 1 800 88 7723

Anonymous said...

Kewujudan SPAD ni menyusahkan kita.saya pemandu lori ayam terpaksa berhadapan dengan penguatkuasa jpj polis trafik dan spad..menyusahkan kami!!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA