networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, June 14, 2015

TERKINI Isu Nazri & TMJ !!! 2 Pemimpin UMNO Johor Suara Sokongan Kepada TMJ! JOHOR MESTI JADI JOHOR!

Ekoran kritikan Nazri terhadap TMJ, sebentar tadi 2 pemimpin UMNO dari Johor suarakan sokongan kepada TMJ dan beri mesej jelas kepada Nazri tentang perlunya menghormati institusi beraja...ikuti kenyataan media daripada YB Datuk Latif Bandi dan Datuk Zulkurnain Kamisan...

Untuk pengetahuan, kenyataan TMJ yang sebelum ini dimuatnaik di page Johor Southern Tigers telah dikeluarkan dan isu ini telah suram..namun tidak semena-mena datang pula Nazri mengkritik TMJ...

Orang lain pun sokonga kepimpinan Najib..tapi janganlah melampau sangat sampai menyerang kesultanan Johor...tang serangan Tun Mahathir yang melampau kepada Najib tak de pula Nazri ni nak sound...

Dengan kenyataan 2 pemimpin UMNO Johor ini membuktikan bahawa suara Nazri bersifat peribadi dan tidak ada kaitan dengan parti UMNO yang kita kenali menghormati institusi kesultanan negara...


KENYATAAN KETUA UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG BERHUBUNG KENYATAAN MENTERI TERHADAP TMJ

Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri untuk mengatakan sesuatu perkara yg melibatkan institusi diraja. Jangan bermain api. Kita sudah cukup aman selama ini.

Rakyat Johor tidak pernah sesekali  menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat johor.

Rakyat johor akan pertahankan kedaulatan negeri dan juga kedaulatan bangsa Johor.

JANGAN UGUT DAN KURANG AJAR...
Jawatan sebagai menteri bukan lesen  untuk bersikap kurang ajar kepada sesiapa.

Pendirian menteri ini tidak mewakili kepimpinan umno atau rakyat kerana beliau hanyalah ahli MKT yang dilantik..perlantikan beliau hanya oleh Perdana Menteri

JOHOR MESTI JADI JOHOR
Rakyat Johor sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi kedaulatan institusi kesultanan...

Orang luar yang tidak suka cara johor tidak perlu mencerca atau menghina tetapi pintu sentiasa terbuka utk keluar mencari negeri lain...

Datuk Zulkurnain Kamisan
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong


Kenyataan
YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

Setiap warganegara Malaysia yang prihatin berhak untuk menyalurkan pandangan khususnya dalam hal2 yg berkaitan dgn kepentingan awam. Demikianlah juga bagi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Apatah lagi baginda seorang Putera Raja yang sangat perihatin terhadap rakyat baginda dan memiliki ramai peminat serta pengikut yang ratanya di kalangan anak-anak muda khasnya di Negeri Johor Darul Ta'zim.

Oleh hal yg demikian, adalah tidak wajar bagi sesiapapun untuk menafikan hak ini. Malah adalah agak keterlaluan bagi mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yg berbaur ugutan dan boleh mencemarkan nama baik institusi DiRaja Johor khasnya.

Sebagai seorang pemimpin politik yg berpengalaman, YB Datuk Nazri Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kasar dan buruk sedemikian rupa sehingga boleh mengundang perbalahan dan reaksi balas negatif rakyat Johor kepada beliau.

Ianya juga secara tidak langsung boleh memburukkan lagi imej kepimpinan politik dan diharapkan sikap dan perlakuan seperti ini tidak diikuti oleh pemimpin2 yg lain.

6 comments:

Anonymous said...

Menyatakan Najib sebagai orang yg mahu menyembunyikan segalanya dlm program nothing to hide adalah tidak wajar. Ini ialah kerana Najib telah memberi persetujuan kepada program tersebut. Apabila dia x datang atas sebab keselamatan, itu bukan salah Najib. Dan langkah cegah sebelum parah itu adalah lebih baik.

Anonymous said...

Jilat tak habis, memang semua orang tahu Najib terlalu baik??????????????????
Kita nak tenguk result dia aje?

Anonymous said...

Org Melayu org beradat, org beradab, apatah lagi terhadap Sultan dan keluarganya. Even our royal not perfect human, Johorean, loyal to our royal.

Anonymous said...

Dalam umno pon ada gangster ke?

Anonymous said...

TMJ pun patut tak payah ulas pasal hal politik dalam negara ni. Kalau setakat kene 'belasah' macam ni pun dah terpaksa 'hide' belakang rakyat.... buang karen je.

Anonymous said...

saya sokong tmj..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA