networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, June 10, 2015

Tweet Kontroversi @EricPaulsen101 : SEMUT Buat Laporan Polis...



Pertubuhan Pasukan (Semut) Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap peguam Eric Paulsen susulan kenyataan biadapnya yang menyentuh mengenai umrah dan air zam-zam.

Menurut pengerusi Pemantau Media Sosial Pertubuhan itu, Zaparudin Abdul Rahim, laporan itu dibuat di balai polis Shah Alam kerana kenyataan yang dibuat menerusi akaun twitternya pada Sabtu lalu dan semalam, jelas menghina serta berniat jahat.

“Dua tweet yang dimuat naik oleh Eric Paulsen ialah “Ni 2 x 5 dengan kit anti histeria Universiti Msia Pahang” yang merupakan jawapan kepada Tweet Astro Awani yang berbunyi “Air zam-zam, habatus sauda mampu bantu merawat ketagihan dadah”.

Manakala tweetnya yang kedua pula menyebut “Oh dear, under siege, can’t answer for 1MBD disaster – cabut to do umrah. Alim lah konon,” katanya sebagai merujuk kepada lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi selama tiga hari berakhir semalam.

Menurut Zaparuddin, dua kenyataan Eric itu jelas menghina dan berniat jahat apabila dia menyamakan air zam-zam iaitu air suci umat Islam dengan Kit Anti Histeria yang dihasilkan oleh Universiti Malaysia Pahang.

Beliau berkata, Eric yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty cuba memberi tanggapan buruk dan menanam kebencian terhadap Perdana Menteri, kononnya beliau melarikan dari tanggungjawab terhadap isu 1MDB dan berselindung disebalik aktiviti agama dengan melakukan umrah.

Justeru beliau memohon polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini agar ia tidak berulang lagi.

Eric sebelum ini pernah didakwa di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan menerbitkan kenyataan menghasut berhubung dakwaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis di negara ini. - TV14.my

1 comment:

Anonymous said...

SEkarang rasalah perit menghinakan orang.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA