networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, June 13, 2015

Wanita MCA Buat Jualan Amal Bantu Mangsa #GempaSabah


Wanita MCA ada cara tersendiri untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi Sabah dengan menjual penyimpan berus gigi...penyimpan berus gigi ini dijual pada harga yang amat berpatutan RM 10.00 sahaja..penyimpan berus gigi ini akan dijual di mana-mana aktiviti beliawarnis dan wanita MCA.

Menurut Ketua Pergerakan Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie "hasil jualan penyimpan berus gigi ini akan disalurkan terus kepada mangsa gempa di Sabah. Pembeli mempunyai pilihan samada mahu membeli atau memberi derma untuk tabung bantuan ini.

Wanita MCA memang amat peka terhadap permasalahan rakyat lebih-lebih lagi yang sedang ditimpa bencana. Dahulu pun masa banjir teruk di Kelantan, MCA turut memberi khidmat bakti meringankan beban mangsa banjir pantai timur.



Dalam misi bantuan ini, Wanita MCA akan menyertai MCA Crisis Relief Squad. Sebarang maklumat untuk menyalurkan bantuan boleh terus menghubungi Sekretariat Wanita MCA di talian 03-22033880...

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataannya telah telah menghubungi Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong Lai dan telah memaklumkan bahawa MCA telah memberi beberapa peruntukan.

"Peruntukan khas dari MCA Crisis Relief Squad telah diumumkan di mana sejumlah RM 30,000 akan diberi kepada SJKC Pai Wen dan sejumlah RM 20,000 akan diberikan kepada rumah agama Hwa Shan Sheng Zu Gong" kata Mei Fun

Untuk rekod setakat ini pegawai JKR dan pejabat pelajaran telah mendapati dari 12 bilik darjah 4 bilik masih boleh digunakan.

MCA antara parti politik yang cepat memberi bantuan jikalau ada mana-mana tempat ditimpa bencana. Syabas wanita MCA dan MCA Crisis Relief Squad atas usaha amal ini...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA