networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, July 22, 2015

Anak Jati Johor Cipta Lagu "Cerita Kebenaran" Sempena Hari Lahir @NajibRazak Ke-62


Seorang anak jati dari Kota Tinggi, Johor telah menghasilkan sebuah lagu bertajuk "Cerita Kebenaran" yang dihadiahkan khas kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak sempena ulang tahunnya ke-62...

Lagu ini dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh Denai (rd Razif) telah mendapat sokongan Yayasan Mesra..impian anak muda ini menghasilkan lagu "Cerita Kebenaran" telah menarik perhatian Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Pengerusi Yayasan Mesra) selepas mendapat tahu kesungguhan anak muda ini menterjemahkan betapa perit getirnya seorang pemimpin negara dalam mentadbir negara...

Tidak ramai anak muda seperti ini yang bersungguh-sungguh ingin menterjemahkan penghargaannya melalui dendangan lagu...ketika pertama kali mendengar lagu ini, naluri saya terus menangkap kalbu betapa besarnya pengorbanan yang harus dilalui seorang pemimpin negara..pada ketika ini Najib berada dalam keadaan yang sungguh mencabar yang mana memerlukan kekuatan untuk mengharungi segala cabaran dan fitnah yang direka pihak tidak bertanggungjawab untuk menggulingkannya...insya'allah Kebenaran akan muncul jua...



Menceritakan bagaimana tercetusnya lagu ini, Pengerusi Yayasan Mesra, Datuk Ehsanuddin menceritakan pengalamannya apabila didatangi anak muda tersebut, "anak muda ini ingin menyampaikan betapa YAB PM berusaha untuk membantu rakyat...menghayati kegigihan Najib memimpin negara..saya mengambil pendekatan positif apabila anak muda ini berjumpa saya untuk menghasilkan lagu ini...anak muda ini boleh nampak kegigihan Perdana Menteri mentadbir negara masakan kita dalam pentadbiran tidak nampak.."

"Saya suka pendekatan anak muda ini..kita sebagai orang Islam perlu menekankan aspek positif..kebenaran akhirnya akan terserlah akhirnya..kita tidak boleh menghukum seseorang tanpa membuktikan seseorang itu bersalah..ketika ini kita memerlukan kekuatan dan keupayaan untuk tolak tohmahan..tidak bersangka buruk..beliau memimpin rakyat sudah lama mana mungkin kita boleh menghukum dengan masa yang singkat..."ujar Datuk Ehsan lagi..

Dipihak kami ingin mengucapkan syabas kepada Denai atas usaha anda menghadiahkan lagu ini kepada YAB Perdana Menteri..tidak ramai anak muda seperti anda!!!!

SELAMAT HARI LAHIR YAB DATO' SERI NAJIB! SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA DATO' SERI MENGHARUNGI UJIAN INI...AMIN...

Saksikan Klip lagu CERITA KEBENARAN dibawah...




Nukilan
Insan Kerdil
Khas buat pemimpin

Ku hanya mampu memerhati
Aku mengerti, aku merasai
Pedihnya kau menahan hati
Separuh mati

Kau di hukumi
Sebelum di adili
Kau di sanggahi
Rakan taulan sendiri

Pedihnya tak terperi
Berdiri pun bertongkat bukti
Tidak semata maruah diri
Sesungguhnya Ya Rabbi demi hak dan hakiki

Namun wahai pemimpin
Tabahi lah. Gagahi lah.
Tawakkal lah. Yakin lah.

Bila tiba ketikanya nanti
Dengan izin ketentuan Illahi
Tuhan Maha Mengetahui
Lagi Maha Menguasai
Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi

CERITA KEBENARAN 
azali abadi
Akan bersamamu, pasti
Menemani
Mengiringi

Ikhlas 
dari insan kerdil
Kota Tinggi

1 comment:

Anonymous said...

Memang bagus dan bertepatan dengan situasi yng di hadapi PM,Semoga klip video ini boleh didiarkan semua siaran TV di Msia.Biarlah orang Ynag menyampah dgn Pm terbuka hati mendengar lagu tersebut .Happy Birthday PM. Semoga Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik dan tabah ketika memerintah negara.Amin

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA