networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, July 28, 2015

Anggota Kabinet Baru Bermula 29 Julai 2015..Najib Singkir Muhyiddin Dari Jawatan TPM..Suasana Hampir Serupa Ketika Tun M Menyingkirkan Anwar Dari Jawatan TPM....Berat Tapi Perlu!


Sungguh aku tak sangka betapa beraninya Perdana Menteri menyingkitkan orang no 2nya dari kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri...begitulah tegasnya Najib bagi memastikan angota kabinet terus bergerak dalam satu saf yang padu...

Ini penting betapa keutamaan bahtera lebih didahului daripada hubungan akrab...penyingkiran ini mengingatkan aku kes Tun Mahathir menyingkirkan TPM yang ketika itu Anwar Ibrahim..Tun M memang susah nak percaya cakap orang sehinggalah saat dia terpaksa menyingkirkan Anwar..

Punyalah sayangnya Tun M ketika itu kepada Anwar sampai tak percaya kata2 orang...begitulah kisah yang hampir serupa dilalui oleh Najib...biarpun berat tapi perlu!

Baca petikan kenyaataan Media Perdana Menteri di bawah dan anggota kabinet yang baharu berkuatkuasa 29 Julai


Pejabat Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
MENGENAI ROMBAKAN KABINET

 Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:

Menteri Persekutuan:
 (i)      YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
 (ii)     YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
 (iii)    YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
 (iv)    YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
 (v)     YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
 (vi)    YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
 (vii)   YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

 (Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).

Timbalan Menteri Persekutuan:
 YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
 YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
 YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
 YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;

 (v)     YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
 (vi)    YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
 (vii)    YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
 (viii)   YB Tuan Masir anak Kujat; dan
 (ix)    YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.

Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran

Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.

Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
28 Julai 2015 




4 comments:

Anonymous said...

Bezanya ialah :

1. semasa Mahathir, TPM yang samseng menipu rakyat.

2. semasa Najib, PM sendiri yang samseng menipu rakyat.

Anonymous said...

Gani patail task force kena pecat..kendian muhyiddin tpm kena tendang.Ko tak terfikir apa2 ke?Ke otak ko tak berhubung?

Anonymous said...

org minta dia letak jawatan tapi dia pecat org dari jawatan.. apapun tunggu dan lihat..adakah sokongan makin bertambah??

Anonymous said...

Anwar kena pecat sebab sontot jubor orang....Najib pecat TSMY sebab dah dekat nak kena sumbat dalam penjara kes 1MDB! Dan Anwar dipecat sebagai Timbalan Presiden oleh MT UMNO. TSMY MASIH Timbalan Presiden UMNO!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA