networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, July 16, 2015

Apa Benda Yang @NajibRazak Buat Selama 6 Tahun Jadi PM? Baca SINI!!!


22 tahun Tun memerintah, banyak jasa yg beliau tinggalkan sebagai bukti kehebatan pemerintahan beliau. 

Antaranya:

1. KLCC

2. KLIA

3. Lebuhraya Utara Selatan

4. LRT

5. Putrajaya

6. Proton 

7. Jambatan Pulau Pinang 

Dan banyak lagi.

6 tahun pemerintahan DS Najib, beliau juga telah melakukan banyak jasa utk rakyat. Mungkin tidak sehebat KLCC tapi sumbangannya signifikan dan terbukti. 

Antaranya:

1. KLIA2 (lapangan terbang terbesar dunia utk penerbangan kos rendah yg penggunanya adalah rakyat marhaen)

2. Tun Razak Exchange (sebuah bandar hub sistem kewangan tercanggih dunia yg akan menempatkan bangunan2 tercanggih lebih hebat dari KLCC.

3. Lebuhraya PanBorneo (dari Sarawak hingga Sabah TANPA TOL).

4. Projek Greater KL

5. Pembinaan MRT moden utk kegunaan rakyat.

6. Keretapi elektrik Padang Besar ke KL yg memendekkan masa perjalanan ke hanya 4 jam sahaja.

7. UTC di seluruh pelosok negara yg memudahkan urusan rakyat.

8. Terminal Bersepadu Selatan yang canggih dan selesa bg memudahkan rakyat marhaen balik kampung esp time raya mcm sekarang.

9. Jambatan ke 2 Pulau Pinang yang tersergam indah.

Hanya dalam 6 tahun pertama pemerintahan dengan segala macam serangan/fitnah dahsyat dari dalam dan luar negara, banyak bukti jasa DS Najib sudah tersergam indah dan sedang rancak dilaksanakan.

Saya percaya jika beliau memerintah lebih lama dan berjaya mengatasi semua tohmahan terhadap beliau, beliau bakal menjadi antara Perdana Menteri paling hebat yg pernah dipunyai oleh negara kita.

Tapi mcm biasa, WSJ adalah kitab suci yang berdosa jika tidak diimani.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA