networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, July 9, 2015

Berita Baik Menjelang Hari Raya...Perkhidmatan Tren Laju KL - Padang Besar Mula Operasi ESOK!!!


Perkhidmatan tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur - Padang yang dijadualkan mula beroperasi pada 1 Julai lepas terpaksa ditangguh berikutan beberapa syarat keselamatan dan piawaian belum lengkap untuk ianya benar-benar boleh digunakan kepada penguna...

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bertegas kepada pihak KTM agar menangguhkan operasi pada 1 Julai lepas...selepas 9 hari ianya ditangguh...akhirnya SPAD dan Kementerian Pengangkutan berpuas hati dan membenarkan operasi ETS pada hari esok iaitu 10 Julai 2015..

Perkhidmatan ini akan beroperasi bermula esok..memang sesuai sangatlah memandangkan musim perayaan bakal menjelma tiba kurang seminggu sahaja lagi...

Perkhidmatan ETS yan bakal dilaksanakan ini bakal menjimatkan masa penumpang..apa tidaknya..dari KL ke Padang Besar hanya mengambil masa empat jam 45 minit sahaja..saya menjangkakan ETS ini pasti akan mendapat sambutan memandangkan perkhidmatan ini lebih selesa dan pantas..


Perkhidmatan ini akan berhenti di semua stesen utama termasuk Ipoh, Butterworth..tren ini mengandungi 6 gerabak dan mampu memuatkan seramai 312 penumpang untuk sekali perjalanan..,buat permulaan ini, perkhidmatan ini hanya menawarkan perjalan sehala sehari...sekali KL - PADANG BESAR dan sekali PADANG BESAR -KL..

5 comments:

Anonymous said...

45 minit dari KL ke Padang besar? Silap kot.

Anonymous said...

Anon atas..ko baru belajar membaca mengira ke?
Bace betul2... Empat Jam 45 minit...
Gopoh.. lps tu ckp org silap?

Anonymous said...

4 jam 45 minit .... baca semula.

Anonymous said...

Perkhidmatan ETS yan bakal dilaksanakan ini bakal menjimatkan masa penumpang..apa tidaknya..dari Kl ke Padang Besar hanya mengambil masa empat jam 45 minit sahaja..saya menjangkakan ETS ini pasti akan mendapat sambutan memandsngkan perkhidmatan ini lebih selesa dan lanras..EMPAT JAM 45 MINIT SILA RAJIN MEMBACA..JARANG MEMBACA SELALU JADI BEGINI

Harapan Esok said...

Orang hanya nampak angka daripada ejaan...sy sudah betulkan beberapa kesalahan ejaan..terima kasih kerana memberi respon...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA