networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, July 29, 2015

Biarpun Dipecat, Muhyiddin Akan Terus Bantu @NajibRazak Sebagai Presiden UMNO!!!


Sure pembangkang rasa gersang bila mereka menantikan ayat-ayat klimaks dari Muhyiddin untuk dijadikan modal balun Najib ketika sesi sidang media bersama Muhyiddin...
Ternyata beliau tidak langsung memberi signal akan memerangi YAB Perdana Menteri sebaliknya Muhyiddin menegaskan beliau tidak ada masakah membantu Najib dalam UMNO dan tiada masalah untuk bekerjasama...

See! tuan badan sendiri yang dipecat masih releks dan cool kenapa pula penyokong kedua belah nak berperang..biasalah politik...tukar masuk portfolio tu perkara normal...janganlah emo sangat sampai nak tumbangkan Barisan Nasional!

Ikuti beberapa petikan dari Muhyiddin sebentar tadi..

Saya tanya adakah saya dipanggil kerana saya terlibat dengan rombakan? Beliau (Najib) jawab ya, adakah saya tidak tersenarai, Beliau susah nak jawab tapi angguk,” kata Muhyiddin

Saya mahu ahli parti tumpu kepada usaha pengukuhan parti, jangan terlalu berfikir soal pengguguran saya dari Kabinet.

Muhyiddin janji akan teruskan khidmatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO sebagai muslim saya tidak boleh berbohong. sebab itu jika sesuatu isu berbangkit, saya mesti bagi pandangan

Sama ada saya akan bersama platform Tun Mahathir atau tidak, itu tidak penting, tetapi apa yang paling penting ialah buat yang terbaik untuk rakyat

Saya tidak fikir kedudukan saya dalam Umno sebagai timbalan presiden akan terguggat

Saya menasihatkan semua penyokong saya supaya memberi keutamaan kepada parti dan negara dan tidak membuat sesuatu yang boleh menyebabkan perpecahan Melayu

Muhyiddin berterima kasih kepada bahagian UMNO yang terus beri sokongan kepadanya terutama Johor, sedia hadir rasmi mesyuarat perwakilan

"Saya akan sentiasa bercakap benar- itu adalah janji saya kepada rakyat dan negara," kata Muhyiddin.

Muhyiddin jelaskan beliau ada menerima facts sheet (surat rahsia) berkenaan 1MDB. Tapi itu tidak memadai.

"Saya tidur dengan nyenyak walaupun saya berjaga lewat untuk membaca kata-kata sokongan di media sosial" kata Muhyiddin."

Saya tidak fikir ada masalah untuk saya bekerjasama dengan presiden parti (DS Najib)

Banyak (ramai) orang masih terkejut. Saya adalah orang bertanggungjawab, maka saya perlu lakukan tugas dengan amanah.

Saya akan terus bekerjasama dengan Najib yang memang menjadi tugas saya untuk membantu Presiden.

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin datang dan pergi. Matlamat utama parti adalah yang lebih penting bagi memajukan dan menjaga kepentingan bangsa melayu di bumi Malaysia ini.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA