networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, July 9, 2015

FGV Jual Aset Bukan Teras Buat Otak Pembangkang Fikir Nak Fitnah Ler Tue!!!


Felda Global Venture kini menerima sedikit kesan daripada pembelian dan pengambilalihan syarikat yang mengikut ramalan penganalisa perniagaan sebagai terlebih bayar dari pembelian 37% saham PT Eagle higPlantations..

Pembelian tersebut telah mengakibatkan saham FGV menyusut sehingga 14% dari nilainya..bagi mengawal keadaan ini, FGV sedaya upaya cuba memperbetulkan keadaan sekarang...dikhabarkan FGV akan menjual asetnya yang dikategorikan sebagai bukan teras perniagaannya...

FGV dikhabarkan akan menjual asetnya di Amerika dan Canada yang mana tidak membawa keuntungan yang banyak. Ini strategi bijak melihat potensi dan skop perkembangan perniagaan...keutamaan kepada keuntungan tetapi jikalau keuntungan tidak seberapa eloklah dijual...lagipun tawaran FGV untuk menjual asetnya telah menarik perhatian pembida yang menawarkan harga sehingga US 180 Juta (RM 685 Juta) sehingga US 250 Juta..

Menurut CEOnya, Mohd Emir Mavani Abdullah, syarikat terbabit akan dijual pada penghujung bulan ini. Unit Agensi Perjalanan, IT dan Kejuruteraan disasarkan mampu membuahkan hasil pendapatan sebanyak RM 300 juta hasil penjualannya...

Tidak dinafikan dalam pasaran saham, persepsi umum memainkan faktor penting dalam mempengaruhi keyakinan pelabur dan pasaran saham..ia turut diakui sendiri oleh Emir dan menjelaskan FGV tewa kepada persepsi orang ramai..

“Persepsi benar benar memberi kesan kepada kami , saham syarikat FGV kini di bawah paras sebenar nya berbanding dengan syarikat perladangan yang lain’ ujar Emir.

“Pada tahun ini sahaja FGV merudum 26 % dan ini ada lah kedua terburuk dalam semua syarikat yang memiliki nilai pasaran melebihi US1 billion dalam negara Asian tahun lalu susut 51%” kata Emir.

Menurut Emir, pembelian daripada Rajawali Group ini amat tepat kerana ia memberi FELDA kawasan tanah yang lebih besar...selain itu juga, ia telah menawarkan peluang perniagaan downstream Indonesia yang membabitkan perniagaan baja dan pasaran benihan.

Setakat ini FGV menguruskan 450,000 hektar tanah ladang dikedua-dua Negara Malaysia dan Indonesia.

Penjualan aset bukan terasnya tentu sekali mampu meningkatkan keyakinan para pelabur saham..memandangkan FGV menjadi antara senarai saham yang popular ia amat bagus kepada pasaran itu...cumanya halangan setakat ini adalah permainan jahat pihak berkepentingan dalam politik yang kerjanya hanya mahu memberi persepsi negatif kepada FGV sahaja...

Mereka tidak tahu apa benda yang FELDA buat di belakang tabir..bersusah payah ting tang memikirkan strategis untuk meningkatkan pelaburan FGV...geng Mazlan mudah saja jaja cerita tak ada kredbiliti untuk burukkan imej FELDA..hendak saja dicarutkan geng ANAK nih...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA