networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, July 16, 2015

GAMBAR : SPAD Lancar OPS SERKAP Periksa Tiket & Perjalanan BAS Sempena Hari Raya.... @SPADCHANNEL


Bagi memastikan keselamatan penumpang balik ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidilfitri esok, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membuat pemantauan OPS SERKAP di Pudu Sentral tengahari tadi...

Ops ini bertujuan untuk memantau penjualan tiket musim perayaan serta perjalanan bas-bas menuju destinasi masing-masing..apa yang dilakukan SPAD ini adalah untuk memastikan kes penipuan penjualan tiket pada musim perayaan dapat dikurangkan...

Sepanjang OPS siang tadi, anggota SPAD memeriksa pergerakan bas dengan memastikan cukai jalan, permit dan segala syarat dipatuhi sebelum memulakan perjalanan...kelibat pegawai SPAD di Pudu Sentral siang tadi memberi sedikit kelegaan kepada penumpang betapa prihatinnya SPAD memantau pergerakan pengangkutan awam darat di negara kita..

Menurut Pengarah Penguatkuasaan SPAD, Dato' Che Hasni yang ditemubual sejurus pemantauan Ops Serkap, "Ops ini dilaksanakan bertujuan memastikan rakyat yang hendak balik ke kampun selamat. SPAD telah memulakan operasi sejak 10 Julai hingga 26 Julai. Sejak ops ini dilancarkan SPAD telah memeriksa tidak kurang 2,800 kenderaan bas dan juga teksi."

"Daripada jumlah tersebut, SPAD telah mengenalpasti 160 kesalahan berbagai yang melibatkan Bas dan teksi. Tumpuan utama kita adalah di terminal kerana di sini merupakan tumpuan rakyat untuk balik ke kampung." Ujar Che Hasni

SPAD menjalankan operasi ini sebagai langkah persediaan sekiranya ada aduan daripada rakyat bagi mengenalpasti pengusaha bas yang melanggar peraturan penjulan tiket.

Sepanjang operasi ini, SPAD mengesan beberapa kesalahan yang dilakukan company bas dalam penjualan tiket mereka. Namun SPAD memberi kelonggaran dan menegur pihak bas bagi menambahbaik sistem maklumat pada tiket.

Che Hasni menjelaskan antara kesalahan yang terdapat pada tiket ialah maklumat tidak lengkap seperti waktu, tarikh, platform,  nombor tempat duduk , terminal, nombor pendaftaran bas tidak lengkap..buat masa ini, SPAD menegur dan mengharap penambahbaikkan akan dilakukan syarikat bas pada masa akan datang.

Mengikut syarat SPAD, setiap tiket tidak digalakkan ditulis dengan tangan kerana ianya mendedahkan kepada penipuan..operasi SPAD ini harus dilaksanakan bagi memastikan penumpang pulang berhari raya dengan rasa tenang dan selamat..syabas SPAD atas inisiatif ini..berikut adalah gambar sepanjang OPS SERKAP siang tadi..







No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA