networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, July 17, 2015

#HariRaya - Aidilfitri Kukuhkan Hubungan, Eratkan Perpaduan - @LiowTiongLai @MCAPresident


Setiap kali musim perayaa di negara kita, semua bangsa meraikan bersama dengan berkunjung ke rumah-rumah terbuka..jika tidak pun memberi ucapan selamat..

Antara ucapan yang menarik perhatian saya, ialah ucapan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai..beliau memberikan ucapan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bagi saya mempunyai signifikan tersendiri...

Bertemakan "Aidilfitri kukuhkan hubungan, eratkan perpaduan", Tiong Lai menyampaikan ucapan yang boleh baca di bawah :

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia dilengkapi dengan penuh keberkatan, kesyukuran serta kegembiraan.

Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, musim lebaran ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan persefahaman antara kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, rakyat Malaysia amat memahami dan sama-sama menanti-nantikan kehadiran Hari Raya sambil merayakannya bersama lebih-lebih lagi dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Rakyat Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana dapat hidup bersama dalam sebuah negara secara harmoni yang penuh dengan kepelbagaian kaum serta berpeluang menyambut dan meraikan pelbagai jenis perayaan dengan penuh riang-ria dan menghayati budaya yang berwarna-warni. Ini haruslah dihargai dan dipegang teguh oleh kita semua bukan sahaja untuk perayaan kali ini, tetapi lebih penting lagi, untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara.

Akhir kata, diharapkan bahawa sambutan Syawal pada tahun ini akan terus menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu, nikmatilah Hari Raya ini dengan berhati-hati semasa di jalan raya demi insan-insan yang tersayang.

Sekali lagi, saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin” kepada semua.

Tahun lepas negara kita telah ditimpa bencana apabila sebuah pesawat MH17 ditembak jatuh yang meragut nyawa kesemua penumpang..tahun ini sambutan diadakan sederhana tetapi meriah diseluruh negara...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA