networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, July 1, 2015

Ini Sebabnya Kenapa SPAD Larang KTMB Mula Operasi ETS KL-Padang Besar 1 Julai...


Ramai tertanya-tanya mengapa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melarang pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memulakan operasi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) KL - Padang Besar, Perlis sedangkan musim perayaan semakin hampir...

Terdahulu, perkhidmatan ETS ini dijadualkan mula beroperasi 1 Julai hari ini..namun atas beberapa sebab, SPAD tidak membenarkan ETS beroperasi selagi ianya benar-benar selamat kepada pengguna...

Penangguhan ini mendapat pelbagai reaksi rakyat yang boleh dirujuk seperti di gambar printscreen di bawah...


Sebenarnya, selaku pihak yang bertanggungjawab dalam mengendali pengangkutan awam, SPAD bertanggungjawab memastikan perkhidmatan ini selamat untuk pengguna..rakyat tidak faham bahawa larangan operasi SPAD ini sebagai langkah memastikan keselamatan penumpang...yang mereka tahu hanya menyalahkan SPAD kononya sengaja cari pasal tidak benarkan ETS menjelang musim perayaan ini...

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar "pengenfali perkhidmatan berkenaan sedia maklum bahawa syarat utama adalah memenuhi aspek keselamatan dan piawaian yang ditetapkan SPAD."

"Ada lagi 12 hari lagi menjelang hari raya,ada cukup masa lagi (mendapat kelulusan) bagi membolehkan ETS mula beroperasi pada Aidilfitri ini" katanya...

Ramai yang mendakwa bahawa SPAD sengaja melengah-lengahkan operasi ETS...

Tan Sri Syed menafikan dakwaan dengan berkata "bukan kita lambat-lambatkan (kelulusan) seperti dakwaan sesetengah pihak. Apabila bagi kelulusan, kita mahu memastikan keselamatan orang awam terpelihara,"katanya.

Ternyata apa yang dilakukan SPAD ini lebih mengutamakan keselamatan penumpang daripada memulakan operasi sesuatu pengangkutan awam...jadi perkara yang diberi penegasan SPAD ialah keadaan Landasan, Trek dan Keselamatan Orang Awam...inilah sebabnya mengapa SPAD menangguhkan operasi ETS, KTMB...


5 comments:

Anonymous said...

Salam,SPAD/KTMB

Jadikan project ini satu keutamaan atau priority kerana yang nak balik kampung BERHARI RAYA adalah bangsa Melayu dan gulungan yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Memudahkan keluarga yang ramai pulang balik dengan selesa.
"…RAAYAT DI UTAMAKAN," tunggu bila lagi..?

OCD

Anonymous said...

Bagi saya. Keselamatan sangat penting. Tidak perlu terburu buru dalam melakukan pemeriksaan. Yang penting banyak nyawa dapat diselamatkan sekiranya pemeriksaan menyeluruh dapat dilakukan.

Apa guna jika ia diluluskan dengan risiko yang tinggi. Semoga pikah SPAD dapat menjalankan tugas dengan amanah dan cekap untuk rakyat. Terima kasih SPAD.

breedx said...

Check pon salah, tak check pon salah..

Anonymous said...

setuju sgt..! Check salah, x check pon salah..

Anonymous said...

Setuju, check salah, x check pon salah..Ape yg betul..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA