networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, July 16, 2015

Insiden Pergaduhan Low Yat - Pandangan Para Pemimpin MCA Perlu Diambil Perhatian!!!


Sejak insiden kekecohan di Low Yat viral, macam-macam versi kita dengari dimedia sosial.ada yang mengatakan remaja lelaki tersebut ditipu dan ada pula versi mendakwa pemuda itu mencuri telefon..dengan berbekalkan rakaman CCTV yang diragui ramai yang percaya bahawa cctv itu mengesahkan remaja Melayu itu memag benar mencuri..

Namun, bagi yang teliti rakaman CCTV tersebut adalah kes lama dan tidak tahu dimana lokasinya berikutan tarikh rakaman tidak selaras dengan waktu kejadian tersebut..

Dipihak pembangkang, mereka mempertahankan peniaga Low Yat dengan melabel pemuda Melayu itu mencuri...dipihak MCA pula, rata-rata pemimpin MCA menkritik tindakan menceroboh dan memusnahkan harta kedai..

Ini memang diakui bahawa tindakan memusnahkan kedai adalah satu kesalahan jenayah...saya turut menulis tentang perkara ini di SINI..saya turut senada dengan pemimpin MCA bahawa melakukan kemusnahan adalah satu kesalahan jenayah!

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan kekesalan terhadap insiden ini berikutan ada orang awam cedera dan ada dari warga wartawan yang menjadi mangsa dalam insiden berkenaan...Tiong Lai mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk kepada undang-undang...

Memandangkan insiden ini dihangatkan lagi dengan rekayasa media sosial, Tiong Lai mengingatkan agar masyarakat tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan menghentikan memberi sebarang komen yang boleh menaikkan kemarahan dan kebencian kaum...

Setiausaha MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan senada dengan Presiden MCA dengan menyeru orang ramai supaya bertenang dan mengkritik tindakan tidak bertanggungjawab mereka yang memutarbelitkan isu di media sosial dan tindakan tersebut diibaratkan makin mengeruhkan keadaan..

Pengerusi MCA Selangor, Ong Chong Swen pula berpendapat agar masyarakat memberi kepercayaan kepada pihak Polis menyiasat perkara ini.

"Biarlah Polis menyiasatnya, inilah akibat mereka yang ada telefon pintar dan internet tetapi tidak bertanggungjawab dalam penyebaran" jelas Ong Chong Swen..

Jika kita amati pendapat pemimpin-pemimpin MCA ini, mereka semua menegah kekerasan dan pergaduhan kaum..berbeza dengan pendapat pemimpin pakatan rakyat..mereka akan mengambil kesempatan dan memutarbelitkan cerita agar akhirnya dapat menyalahkan Barisan Nasional...tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin pakatan rakyat bukan mahu menjernihkan keadaan tetapi lebih kepada provokasi kaum dan menyalahkan Barisan Nasional...

Fikir-fikirkanlah, pemimpin yang mana mampu mencorakkan akal rakyat kearah perpaduan gagasan 1 Malaysia....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA