networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, July 19, 2015

Kemeriahan Hari Raya Bersama Masyarakat Kota Tinggi, Ahli Parlimen Mesra Berjiwa Rakyat!


Hari Raya merupakan detik bermakna bagi semua orang Islam selepas menjalankan tanggungjawab menunaikan puasa di bulan ramadhan..musim perayaan inilah masa yang amat bermakna diambil oleh sanak saudara untuk kunjung mengunjung dan maaf memaafi sepanjang setahun tidak berjumpa...

Di Kota Tinggi, kepulangan anak-anak sanak saudara amat dinanti-nantikan oleh orang tua..pengalaman saya berhari raya di Kota Tinggi tahun lepas memang tersangat meriah...sepanjang jalan Kota Tinggi ke Pengerang penuh kenderaan ketika ini..

Jarang berlaku..di Desaru sendiri jalan menghala ke gugusan Felda Adela, Kledang, Sening, Tunggal penuh sesak dengan kenderaan dan anak saudara..sebiji rumah paling tidak pun ada 4 buah kereta...suasana yang sama dirasai di Felda lain seperti Semenchu, Ayer Tawar 1,2,3,4 dan 5..Suasana kemeriahan raya amat terasa...beginilah perubahan yang dialami oleh masyarakat FELDA...dahulu dan sekarang sudah banyak berubah...masyarakat peneroka kini lebih senang dari orang bandar..rumah pun besar...orang bandar nih nak dapatkan sebiji rumah pun susah dengan harga hartanah kini naik melambung...msayarakat FELDA pula tidak terkesan sangat..FELDA beri macam-macam bantuan untuk golongan ini..


Di Kota Tinggi, masyarakat Kota Tinggi melahirkan rasa syukur apabila mendapat ahli parlimen mesra berjiwa rakyat...Datuk Ehsanuddin tidak pernah ketinggalan dalam aktiviti bermasyarakat..ketika di bulan ramadhan lalupun beliau solat terawikh bersama masyarakat setempat...membelikan pakaian raya untuk kanak-kanak terpilih...


Bawah ini saya sharekan video rakaman suasana hari raya "Kami Pun Nak Raya" yang didendangkan oleh Haziq..memang sungguh meriah..



Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin
Posted by Ehsan Harun Rashid on Monday, 13 July 2015

Stesen televisyen nasional RTM pun turut ambil peluang ini merakamkan rakaman yang disiarkan secara langsung dalam Program "Kami Pun Nak Raya bersama warga Kg Sentosa, Kg Gembut, Kg Sayang dan sekitarnya di Legaran Air Gemuruh...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA