networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, July 8, 2015

Kolotnya Fikiran Kit Siang..Gesa Kes Bunuh Pengasas Ambank Dibuka Semula Konon Ada Kaitan 1MDB..


Terkini, Kit Siang cuba mengarahkan serangan Najib kepada kes kematian pengasas Ambank..dalam dakwaan Kit Siang, kononnya bagi membuktikan kematiannya tiada kaitan dengan 1MDB...alahai ini rupanya level otak kit siang...

Bila dikatakan sudah tua tak reti nak berundur...jadi pemimpin Gelang Patah tapi jarang balik kawasan..datang Johor kena halau dengan penyapu..malulah sikit! Kes pembunuhan Pengasas Ambank tu kan sudah lama..tiada kaitan pun dengan 1MDB...

Apa kejadahnya nak kaitkan dengan Pembunuhan Pengasas Ambank...kononnya kerana nama AMBANK...nak buat spekulasi kononya Najib arahkan bunuh sebab nak clearkan akaun bank nama dia?kolot betul pemikiran Kit Siang nih..

Inilah modus operandi pembangkan..asalkan ada kaitan nama saja terus tanam persepsi..bila persepsi dimainkan hari-hari akan jadi kepercayaan...contohnya kes Altantuya..yang dikaitkan Razak Baginda..tiba-tiba nama Najib pula dikaitkan..ini semua sebab nama bapak Najib Razak...Orang pun percaya..,.

Jom baca kes sebenar kematian pengasas AMBANK....



CERITA SEBENAR HUSSAIN NAJARDI

1) Pengasas Ambank Hussain Najardi, telah menjual semua sahamnya pada tahun 1983-1984 dan membantu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa serta tidak terlibat dalam pengurusan mahupun di pejabat beliau di Ambank dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

2) Tiada laporan polis difailkan oleh Najardi pada Julai 2013 atau masa-masa lain berkenaan transaksi tersebut. Rekod tersebut didapati tidak wujud.

3) Tiada mana-mana Ketua IT dipaksa untuk meletak jawatan pada tahun 2013. Tambahan pula, CIO, Charles Tan, bekas Accenture masih ada sehingga hari ini dan telah berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun. 

4) Jika Ketua IT tersebut dipaksa untuk meletak jawatan, mereka boleh membocorkannya pada orang awam atau pergi terus kepada pihak pembangkang, jika mereka sedar tentang sejumlah besar pemindahan tersebut, tetapi sudah lebih 2 tahun tiada sesiapa sedar akan sejumlah besar pemindahan tersebut. 

5) Pengasas Ambank dibunuh kerana pertikaian tanah kuil di Bukit Ceylon dimana beliau telah menyekat penjualan tanah tersebut kepada pihak lain.

6) Satu-satunya anak tunggal pengasas Ambank iaitu Pascal Najardi merupakan seorang yang bermasalah. Dia dilahirkan di Swiss dan memegang kewarganegaraan bagi dua negara iaitu Swiss-British dan tidak dapat tinggal di Malaysia.

Pascal menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyaman isteri arwah ayahnya iaitu Cheong Mei Kuen dan menghalangnya dari mendapat harta pusaka berjumlah RM1.8 juta kerana beliau bukan beragama islam dan mengarahkan beliau untuk membayar wang berjumlah RM30 000.

Puan Cheong juga didapati cedera dalam kejadian tembak-menmbak tersebut dan memangku mayat suaminya yang berlumuran darah. 

KESIMPULANNYA: Cerita berkenaan pembunuhan pengasas Ambank yang dikaitkan dengan Najib adalah tidak benar

Puas hati KIT SIANG SEKARANG??

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA