networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, July 29, 2015

#MH17 - @LiowTiongLai Wakili Malaysia Bentang Resolusi Tribunal MH17 Di Majlis Keselamatan PBB!!


Selepas setahun tragedi MH17, akhirnya Malaysia membawa usul di Majlis keselamatan PBB untuk mendapatkan sokongan dari kesemua ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa khusus untuk MH17..

Bagi merealisasikan hasrat ini, Dato' Sri Liow Tiong Lai, selaku Menteri Pengangkutan akan mewakili Malaysia di New York hari ini, 29 Julai 2015..Malaysia bersama 4 lagi negara anggota Pasukan Siasatan Bersama (JIT) iaitu Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine akan cuba sedaya upaya mengesa siasatan yang menyeluruh dan bebas mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa...

Berikut adalah kenyataan Media dari DS Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan...


KENYATAAN AKHBAR 
OLEH YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI 
MENTERI PENGANGKUTAN

Malaysia Bentang Resolusi Bagi Tribunal MH17 Di Majlis Keselamatan PBB 

Saya akan mewakili negara di New York pada hari Rabu, 29 Julai 2015, di mana Malaysia bersama-sama dengan empat lagi anggota Pasukan Siasatan Bersama (JIT) untuk MH17 iaitu Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine akan berusaha bagi mendapatkan sokongan dari kesemua ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi penubuhan sebuah tribunal jenayah antarabangsa khusus untuk MH17.

Hampir setahun yang lalu, Majlis Keselamatan ini telah sebulat suara untuk menerima pakai Resolusi 2166 secara konsensus beberapa hari selepas insiden malang tragedi MH17. Majlis ini juga telah mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut dan menggesa siasatan antarabangsa yang menyeluruh dan bebas mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa.

Resolusi tersebut juga turut menyeru semua Negara anggota untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan antarabangsa dan menuntut mereka yang bertanggungjawab dalam insiden ini ke muka pengadilan.

Sekali lagi, kita berada di fasa penting dalam usaha berterusan Negara menyeru Majlis Keselamatan PBB ini supaya mengotakan ikrar dan janji mereka untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab dalam insiden MH17 agar perkara ini dapat dibawa ke muka pengadilan. Dalam hal ini, penubuhan satu tribunal jenayah antarabangsa ad hoc adalah amat wajar dan perlu dilakukan.

Masyarakat dunia, khususnya rakyat Malaysia akan terus meratapi kehilangan 298 nyawa yang tidak berdosa dalam tragedi malang ini. Malaysia kekal komited dan fokus dalam menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab bagi tragedi ini menerima hukuman yang setimpal.

[TAMAT]

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA