networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, July 28, 2015

@NajibRazak Ikut Seruan Tun M Pecat Orang Yang Tak Sehaluan...


Sebelum ini aku ada tulis betapa tindakan Najib menyingkirkan TPM, TSMY serupa tindakan Tun M singkirkan Anwar suatu ketika dahulu...dahulu Tun M ada cakap jikalau dia berada di kerusi Najib beliau akan menyingkir yang tidak sehaluan dengannya..

Sekarang kita sudah nampak betapa anak jantannya Najib..harap lepas ini Najib akan mula pencak silat gaya mahathir?ala diktator..sama2 kita tunggu dan lihat...dulu pun Mahathir tak banyak sokongan...tapi dia tabah..harap sengat ini ada pada DS Najib Razak..

Ikuti temubual bersama Tun M yang mengatakan beliau akan pecat orang tak sehaluan jikalau menjadi Najib...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika beliau berada di tempat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Malah menurut Dr Mahathir, ketika era pemerintahannya dahulu, beliau pernah melakukan perkara sama sambil memberi gambaran, Perdana Menteri juga akan berbuat demikian.

“Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya... saya buang. Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto anjuran Yayasan Maybank serta Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal beberapa menteri Kabinet yang dilihat mengkritik cara Najib menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa agar ahli lembaga pengarah syarikat itu dipecat segera.

Beberapa kenyataan dan gesaan itu datang daripada Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Najib juga telah memberi kata dua kepada barisan Kabinetnya supaya letak jawatan jika tidak mahu bersama-samanya dalam pemulihan 1MDB pada Jumaat.

Setakat ini, hanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberi persetujuan bersyarat dalam perkara itu. -Sinar

2 comments:

roslan othman said...

perbezaan antara najib dan Tun m ,
Anuar di pecat sebab ada tudohan jenayah ,
Musa hitam berhenti kerana tak sehaluan kemudian kalah dalam pemilihan umno,

Muhyidin pula diberhentikan kerana hanya menyoal tentang 1MDB
memang najib akan membenam umno dan bn di lembah kemusnahan

Anonymous said...

Hee hee, roslan roslan, dah kalau tak sehaluan dgn boss, kena lah berhenti, letak jawatan, tapi tak reti reti jugak, dah kena sound pon buat derk jer..nie baru kata Padan Muka

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA