networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, July 17, 2015

@NajibRazak & Isteri Melawat @WeeKaSiongMP Di Hospital..Semoga Cepat Sembuh Dr Wee...


Perdana Menteri, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Isteri telah meluangkan masa petang semalam melawat Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong di hospital..Dr Wee kini diperingkat pemulihan selepas menjalani satu pembedahan akhir bulan lepas..boleh rujuk di SINI..

Wee Ka Siong dalam laman micro twitternya mengucapkan terima kasih atas lawatan Najib dan Isteri petang semalam..Dr Wee turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam atas lawatannya semalam...

Dari gambar ini menceritakan betapa akrabnya hubungan PM dan Wee biarpun berlainan bangsa...semoga keakraban berlainan bangsa ini dijadikan contoh kepada kita untuk meneruskan perpaduan kaum yang menjadi tunjang kestabilan Malaysia...

Menariknya di sini biarpun Wee berbangsa Cina..namun budaya Melayu sudah sebati dalam jiwanya..sukar kita jumpa orang Cina memakai kain pelikat...malah tandatangan beliau juga dalam tulisan jawi..kita nih yang Melayu boleh dihitung tandatangan menggunakan tulisan jawi...tidak hairanlah mengapa beliau mendapat sokongan penuh oleh pengundi Ayer Hitam berbangsa Melayu...

Dipihak kami tidak mengetahui apakah sakit yang dihidapi oleh beliau dan mendoakan agar Dr Wee cepat sembuh agar dapat menjalankan tugasan untuk rakyat secepat mungkin..sama-sama kita mendoakan kesihatannya segera pulih...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA