networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, July 29, 2015

Peletakan Jawatan Muhyiddin, MB @KhaledNordin Luah Pendapat!


Hari ini, Menteri Besar Johor telah mengeluarkan kenyataan media yang cuba memberi respon terhadap rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri semalam...

Dari apa yang tertulis, ternyata MB Khaled Nordin bernada tenang dan tidak membangkitkan emosi kedua belah pihak..MB dalam kenyataan tersebut menghormati keputusan PM, Najib Razak...

Pada masa yang sama juga, tidak melarang mana-mana bahagian di Johor untuk menjemput Muhyiddin atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO untuk merasmikan UMNO bahagian...berikut adalah kenyataan medianya:

KENYATAAN MEDIA

YAB DATO' MOHAMED KHALED NORDIN, MENTERI BESAR JOHOR 

BERHUBUNG ROMBAKAN KABINET 28 JULAI 2015.

1. Semasa YAB Perdana Menteri datang ke Johor pada 15 Mei 2015 yang lepas, Perhubungan Umno Johor telah membuat keputusan bahawa Perdana Menteri perlu diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala isu dan masalah yang dihadapi, khususnya isu 1MDB.

Oleh itu, jika soal untuk mempunyai kekuatan itu termasuk rombakan dilakukan terhadap barisan kabinet, dan termasuk terpaksa menggugurkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita menerima ketetapan itu, lebih-lebih lagi kerana kita sedar bahawa ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Kita mendoakan barisan kabinet yang baharu dibentuk ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara, sebagaimana keyakinan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya dalam masa yang munasabah.

2. Dalam pada itu, perlulah juga diambil peringatan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin masih Timbalan Presiden Umno, dan diharap semua pihak terus menghormatinya. Di Johor, saya tiada sebarang halangan bagi mana-mana bahagian yang telah dan ingin menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat Umno bahagian masing-masing. 

3. Saya berharap rakyat dan ahli-ahli Umno khususnya daripada Johor dapat bersabar dan melalui saat-saat ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Semoga Allah SWT memberi kita semua kekuatan untuk akhirnya menemui kebenaran.

Ends.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA