networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, July 14, 2015

Penumpang Belakang Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar!!!


Bagi memastikan keselamatan penumpang dan mengurangkan risiko kecederaan jikalau berlaku kemalangan, pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang mewajibkan penumpang belakang kenderaan memakai talipinggang keledar.

Penguatkuasaan undang-undang ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 di Terminal Bersepadu Selatan, Sabtu lalu...

Sebahagian daripada kita pastinya memandang lekeh pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang..yelah belum terjadi apa-apa kemalangan..semuanya dipandang sebelah mata..

Penguatkuasaan pemakaian talipinggang penumpang hadapan pun masih ramai yang ambil tidak peduli..bila ada polis baru teraba-raba mencari talipinggang kaledar...

Semestinya setiap penegasan sesuatu undang-undang bertujuan memastikan keselamatan penumpang...untuk rekod, pelaksanaan pemakaian talipinggang belakang ini telah dilaksanakan sejak 2009 lagi..namun, hasil dapatan yang diperolehi oleh Institut Kajian Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) menunjukkan hanya 7-9% penumpang sahaja yang berbuat demikian...


Menrut Tiong Lai, tema bagi kempen keselamatan sempena hari raya tahun ialah "Nyawa Dihagai, Selamat Ke Destinasi, Kemeriahan Dirasai". Lihat sahaja tema ini, kita dapat lihat betapa seriusnya Kementerian Pengangkutan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara...

Pada tahun lepas 2014, jumlah kes kemalangan mencatatkan sebanyak 217 kes berbanding 2013, 258 kes...

Insya'allah jika kita peka dan berhati-hati..tak mustahil kes kemalangan akan turun sehingga tiada kes kemalangan..nampak macam mustahil tapi itulah yang diingini oleh semua orang...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA