networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, July 4, 2015

Propaganda Yahudi Menjatuhkan Negara Asia Barat Kini Sudah Bertapak Di Malaysia - @RazlanRafii


PROPAGANDA YAHUDI BUKAN SAJA UNTUK JATUHKAN NAJIB RAZAK TETAPI LEBIH DARIPADA ITU

4 Julai 2015

Iraq adalah sebuah negara yang amat berbahaya kerana mempunyai teknologi 'Bom Kimia' yang dilarang penggunaannya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Itu adalah tuduhan dan propaganda terancang yang dijana oleh Yahudi satu ketika dahulu sebelum Amerika Syarikat menawan negara teluk ini.

Dengan menggunakan isu sebegini, kerajaan Iraq ditekan dan disekat ekonomi mereka sebagai salah satu cara membenarkan negara yang merdeka ini dimasuki dan dilondehkan strategik pertahanan mereka.

Setiap hari media Yahudi menanam propaganda kononnya kerajaan Saddam Hussein amat berbahaya kepada keselamatan negara-negara serantau dan seluruh dunia. Secara tidak langsung masyarakat dunia mengecam dan menghalalkan pelan serangan terhadap Iraq.

Namun selepas penaklukan tentera AS. Tiada sebarang penemuan senjata berbahaya yang ditemui seperti yang digembar gemburkan selama ini hasil daripada risikan mereka kononnya.

Inilah kekuatan media Yahudi yang sering dijadikan senjata utama untuk menjatuhkan sesebuah negara Islam yang berpengaruh.

Hari ini media-media Yahudi tersebut sudah bertapak di Malaysia dan berupaya membina legasi mereka sendiri di sini. Malaysiakini, Malaysian Insider & The Edge merupakan rangkaian media Yahudi yang mendapat sokongan daripada WallStreet Journal, AFP, CNN dan BCC.

Matlamat utama mereka adalah memburukkan Malaysia di persada dunia dan dalam masa yang sama menjadi senjata menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Kemunculan portal Sarawak Report yang terkenal dengan pembohongan isu-isu semasa sengaja dijadikan rujukan oleh media tempatan dan luar negara hari ini.

Dalam dunia yang semakin tiada sempadan, keruntuhan sesebuah kerajaan Islam sememangnya dinantikan dan dengan cara pelaksanaan yang amat mudah. Bermodalkan fitnah yang memberi impak besar sebagai propaganda utama.

Iran antara negara yang disasarkan untuk diserang dengan tuduhan mempunyai senjata Nuklear. Namun negara ini bernasib baik kerana tidak termakan dengan desakan Yahudi di kala hampir seluruh negara kuasa-kuasa besar dunia telah hampir pasti menyerang Iran tetapi ianya berjaya dipatahkan dengan ketegasan pemimpin dan rakyat menangkis fitnah besar Yahudi.

Sekarang ianya sedang melanda kerajaan yang stabil di rantau Asia, Malaysia. Di sini penduduknya bijak dan senantiasa dapat menangkis dakyah propaganda Barat. Tetapi agenda memecahbelahkan perpaduan rakyat telah berjaya dilakukan mereka sedikit demi sedikit terutama di kalangan bangsa terbesar di sini yakni orang Melayu.

Portal Sarawak Report yang menjadi 'pilihan' sebilangan rakyat Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbukti kononnya Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun bank peribadinya. Di mana logik dan kewarasan ianya dilakukan oleh pemimpin nombor satu negara yang semata-mata mahu mencuri wang kerajaan? 

Apakah ini pelan jangka masa panjang untuk merehatkan Perdana Menteri? Benar atau tidak, bukanlah asasnya tetapi menggunakan media dan propaganda Yahudi itu bukan sebaik cara menfitnah.

Sekiranya perkara ini tidak benar, sudah pasti pihak yang teraniaya akan menggunakan mahkamah dunia untuk mengadili mereka. Ada sesetengah pihak yang menyarankan agar Perdana Menteri menyaman WSJ namun adakah dengan cara itu membolehkan mereka didapati bersalah dan menjatuhkan hukum kepada mereka? 

Tahukah kita berapa lama tempoh masa akan diambil untuk proses keadilan tersebut? Lihat apa yang terjadi di Iraq?

Setelah siasatan mendapati ianya adalah fitnah terancang, negara tersebut sudah pun hancur dan Islam sudah punah di sana.

Sebagai Rakyat Malaysia, amat wajar kita terus mengekalkan kewarasan kita untuk meneliti lebih baik dengan maklumat yang datang.

Kalau benar berita tersebut, seharusnya tajuk yang patut digunakan bukanlah bersifat "sumber maklumat, kemungkinan". Ini yang perlu difahami oleh semua pihak, iaitu antara berita benar atau berita bersandarkan andaian semata-mata.

Saya memohon dan merayu agar kita kekal bersatu dalam menempuh dugaan yang hebat ini. Secara pastinya ianya bukan ditujukan kepada Perdana Menteri semata-mata tetapi kepada kita semua untuk menilai.

Proses saman tetap akan berlaku tetapi apa yang sudah dirosakkan oleh Yahudi akan tetap terpahat dalam pikiran segelintir rakyat di sini.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

4 comments:

akaz said...

Ni cerita apa? Apa kaitannya plak dgn Yahudi. Jgn nak salahkan sangat konspirasi Yahudi je. Tengok2 salah diri sendiri. Malah seorg daripada PR Consultant Najib pun dari Ex Company Yahudi. Kalaupun conspiracy Yahudi, maknanya dia dtg dari kem Najib sendiri.

Anonymous said...

Terima kasih kerana share informasi ini.rakyat perlu tahu bahawa serangan Yahudi amat bahaya untuk menjatuhkan negara Islam.dan kini Malaysia sedang diserang

Anonymous said...

Bila tahap international banking ni, agama dan bangsa tolak tepi

Bugis, Cina , Arab dan Yahudi semua kenduri ratah duit . Reza Aziz, Jho Low , Abrar dan Goldman Sachs semua dapat habuan dari duit. Bukan duit simpanan hasil kekayaan tapi duit hutang.

Yang sengsara nanti ialah rakyat Malaysia Ali, Ahmad dan AhCong yang bakal balik hutang campur interest

Teori Zionis yahudi ni tahap konspirasi longkang

Anonymous said...

Bro,

Apa buat cerita bangang ni…?
AKAZ dah jawab semua apa yang dikatakan 'Teori Yahudi', tak payah saya tambah lagi…!!!

Orang bodoh macam saya bolih jadi Baghal kalau percaya kau punya cerita.!

OCD

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA