networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, July 7, 2015

Warga FELDA Dapat Duit Raya RM 900 Bukti Dakwaan FELDA Merudum MELESET!!!!


Warga FELDA boleh menghela nafas lega apabila Perdana Menteri, DS Najib Razak mengumumkan pembayaran dividen pelaburan FELDA Global Venture Holdings Bhd (FGV) sebanyak RM 900 bagi setiap peneroka seluruh negara...

Bayaran ini adalah membabitkan sebanyak 4 sen sesaham bernilai RM 600 bagi setiap peneroka dan RM 300 sebagai duit raya...dividen ini keseluruhannya berjumlah RM 59.2 Juta dan duit raya berjumlah RM 29.6 Juta yang mana akan dibayar kepada 98,688 orang peneroka yang layak pada 13 Julai ini...

Beruntung benar masyarakat FELDA...sentiasa dijaga kerajaan...ini membuktikan bahawa tohmahan sesat mengatakan saham FGV tidak relevan amat meleset...

Pengumuman ini disampaikan oleh Najib pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan 2015 di FELDA Pasoh 4...turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Jempol serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri...

Bertenanglah warga FELDA...ketika ini agensi ini sedang diancam oleh puak tidak waras untuk menjatuhkan kredibiliti FELDA...tujuan mereka hanya mahu meracuni fikiran warga FELDA untuk membenci kerajaan...sudah tercatat dalam Al-Quran diakhir zaman fitnah akan bermaharajalela...ini bukam aku cakap..dalam Al-Quran sudah disebut...

Dalam keadaan ini masyaralat FELDA diharapkan tidak terburu-buru menghukum kerajaan dengan menjaja rekayasa memburukkan FELDA..

Selamat Hari Faya warga FELDA..gunakan duit yang diberi ini untuk memudahkan urusan hari raya..insya'allah...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA