networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, August 8, 2015

12 Kenderaan Disita Dalam Ops Tegas (Grab Car & Uber) - @SPADChannel


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah berjaya melaksanakan satu Ops Tegas (Grab Car dan Uber) yang tiada lesen kenderaan pengangkutan awam...

Operasi yang dijanalankan di sekitar Sunway, Times Square, Damansara, Kelana Jaya, Puchong, Bangsar dan Subang semalam telah berjaya menyitar 12 buah kenderaan..Kenderaan yang ditahan itu adalah 4 buah Perodua MyVi, sebuah Perodua Axia, Sebuah Proton Preve, Sebuah Toyota Camry, Sebuah toyota Vios, Sebuah Honda Jazz, Sebuah Honda City, Sebuah Hyundai Elantra dan sebuah Chevrolet.


Kesemua 12 kenderaan yang disita dibawa ke tapak sitaan SPAD sebelum kes dibawa ke mahkamah...tidak serik-serik mereka ini..bukannya mereka tidak tahu tindakan tersebut jika ditangkap akan mengundang padah..jika berminat betul dalam bisnes ini apalah salahnya terus ambil lesen dan pandu teksi..itu lebih elok daripada bawa guna kenderaan sendiri..tak pasal-pasal kenderaan disita...

Mulalah nak merepek nanti menyalahkan SPAD tutup periuk nasi engkorang...padahal sendiri langgar undang-undang..apa yang SPAD buat ni sebenarnya untuk melindungi pemandu-pemandu teksi lain.


Jika perkara ini tidak dipantau ia akan bercambah lebih banyak...Dan periuk nasi pemandu-pemandu teksi akan terjejas teruk...pada masa yang sama, penumpang yang menaiki kenderaan ini tidak akan dilindungi oleh undang-undang...




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA