networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, August 10, 2015

Charlie Hebdo Hina Mangsa #MH370! MCA Desak Perancis Nyatakan Bantahan!!!


Majalah kontroversi Charlie Hebdo yang berpengkalan di Perancis sekali lagi menghasilkan karya berunsur penghinaan..kali ini mangsa MH370 pula dijadikan bahan penghinaan...

Seperti tidak pernah serik dengan tregedi 7 Januari 2015 yang mana pejabatnya telah diserang pengganas mengakibatkan 12 terbunuh dalam satu tembakan rambang..

Akhbar ini kerap kali mengeluarkan karya berunsur penghinaan terhadap Islam, Nabi, Kristian, Khatolik dan budaya...

Terkini Charlie Hebdo mengeluarkan karya yang berupa penghinaan ke atas mangsa MH370...dengan imej tangan juruterbang..dan tertulis "Kami jumpa sebahagian daripada juruterbang dan pramugari"..

Betapa biadap sungguh akhbar ini.,langsung tidak mengendahkan perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa asalkan dapat hasilkan karya menghina orang lain...

Tindakan Charlie Hebdo ini berikutan penemuan berbagai objek dari pesawat MH 370 di Pulau Reunion, Perancis...

Mengulas tentang perkara ini, Biro Publisiti MCA, Senator Datuk Chai Kim Sen mengesa pihak berkuasa Perancis dan Organisasi media seluruh dunia mengutuk majalah satira tersebut...

"MCA menegur Charlie Hebdo kerana menyamakan tragedi MH370 dengan menyiarkan karikatur politik (yang sering kali dipaparkan majalah itu), secara mempersendakan juruterbang MAS dan anak kapalnya yang amat berdedikasi serta meraih banyak anugerah antarabangsa bagi kualiti dan perkhidmatan dalam penerbangan"

Syabas kepada MCA yang bertindak tangkas menyuarakan ketidakpuasan hati tentang karikatur biadap ini...bila hal begini tidak ada seorang pun pemimpin dari pakatan pembangkang cuba membela nasib keluarga mangsa bahkan dari awal lagi insiden ini berlaku mereka tidak ambil serius..tiada pula kedengaran bantahan tentang karikatur ini...tang insiden loyat cepat saja bertindak...inilah sifat pemimpin pakatan pembangkang yang bermuka-muka dan memilih isu untuk popular...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA