networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, August 7, 2015

FGV Perlu Rebut Peluang Keemasan Beli Saham EHP, Indonesia!


Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) perlu membuat keputusan rasional berkaitan pembelian PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia agar hasilnya memberi pulangan yang menguntungkan...

Rancangan pembelian EHP telah dibentangkan oleh FGV, namun kini terpulang kepada pemegang saham untuk membuat keputusan yang mana dijangkakan keputusan bakal diketahui Ogos ini selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bulan ini...

Keputusan yang bakal dibuat ini akan menentukan masa depan Felda..bukan senang nak dapat peluang keemasan ini...ketika persepsi pembangkang mengatakan FELDA bakal bankrup kerana telah keluar dari list bursa saham, dalam diam FELDA melebarkan sayapnya dalam usaha niaga saham...

Pada Jun lepas, FGV mengumumkan ia telah memeterai perjanjian induk dengan Rajawali Group untuk membeli kepentingan EHP pada harga US$ 680 juta dalam bentuk tunai dan saham..

Perjanjian ini telah menyaksikan Rajawali Group memiliki saham sebanyak 2.6 peratus asas saham FGV...dengan ini bermakna FGV akan mengambil alih antara 93 dan 95 peratus kepentingan dalam projek gula Rajawali Group dengan nilai AS$67 juta.

Kepentingan dalam EHP ini akan dipegang oleh FGV Kalimantan Sdn Bhd, sebuah unit dalam FGV...pelaburan yang jarang diterima ini memang amat berbaloi..pastinya akan ada pihak yang tidak senang dengan potensi FGV..sudah tentu persepsi buruk terhadap FGV akan terus dimainkan...bila persepsi merudum makanya imej FGV akan buruk...inilah yang dimahukan oleh musuk yang tidak senang dengan kemajuan FELDA..

Tengok saja kes segitiga emas tanah TRX...bagaimana persepsi dibentuk untuk memberi imej buruk kepada TRX sampai terpaksa dijual dan berjaya menggagalkan usaha pelaburan jangka panjang...ini semua dilakukan atas kepentingan peribadi...

Apa yang dikehendaki ialah peneroka perlu terus yakin dengan potensi pelaburan yang ada pada FGV...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA